Showing posts with label Personaliti Borneo. Show all posts
Showing posts with label Personaliti Borneo. Show all posts

Tuesday, October 1, 2013

Putrajaya Botanical Garden: Persona Borneo

Salaam, all.

Outdoor photography session with DiaNni Othoe Kayar Lee and Ren Yon (Sharon Adrain). Dianni is a reigning harvest festival queen (Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Johor 2013). Sharon was the runner-up for Unduk Ngadau Kaamatan KDCA Johor State Level 2013, and is a reigning harvest festival queen (Unduk Ngadau Kaamatan Daerah Semporna 2013). Wardrobe by Mrs' Caroline's and Cleopatra's collection. Album: Putrajaya Botanical Garden - Persona Borneo.


"...Pada pandangan saya, pertandingan ratu cantik berkonsepkan tradisional ini sangat-sangat diperlukan pada masa ini kerana dengan adanya pertandingan sebegini, orang-orang muda akan lebih menghargai warisan bangsa. Seperti saya sendiri, banyak saya tidak tahu tentang bangsa saya sehingga la saya mengikuti pertandingan berkonsepkan tradisional ini. sesetengah orang sangat sukar untuk menghayati sesuatu hanya melalui bacaan di buku tetapi lebih mudah memahami melalui pengalaman, kan? Jadi kepada gadis-gadis KadazanDusunMurut (KDM) di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan ratu cantik tradisional kerana pengalaman tidak boleh dibeli dengan duit..." -Sharon.

"...Konsep tradisional bagi saya lebih kepada budaya dan adat resam sesuatu kaum, bersifat sopan santun. Saya tidak gemar mengenakan pakaian yang terlalu menjolok mata malah lebih kepada pemakaian baju tradisional dan ini sangat bagus kerana dapat mengekal dan meneruskan budaya/adat resam supaya tidak pupus ditelan arus permodenan..." - Dianni. 


Read more about them, click here - Dianni Murni Kayar and Sharon Adrain

Thursday, September 19, 2013

Personaliti Borneo - Vincent Alfred

1. Ceritakan sedikit mengenai biodata anda.
Nama diberi Vincent Mallang AK Alfred, dikenali sebagai Vinz. Seorang pelajar Politeknik Kota Kinabalu dalam jurusan Electronic Engineering (Computer). Saya berusia 20 tahun dan dilahirkan pada tanggal 02/12/1993. Anak kedua daripada lima orang adik beradik, berdarah kacukan Bidayuh dan Kayan. Saya seorang yang aktif, lasak, peramah, terbuka dan penyayang. Hobi saya ialah bersenam dan melayari internet. Cintakan makanan namun sangat perhatin terhadap kesihatan pada diri sendiri dan orang di sekeliling. Moto hidup saya ialah "Never give up and always be better than yesterday." Visi hidup ialah untuk menjadi seorang yang berjaya dalam apa jua keadaan.

Thursday, September 12, 2013

Personaliti Borneo - Sharon Adrain

1. Ceritakan sedikit mengenai biodata anda.
Nama saya Sharon Adrain, dilahirkan pada 8 Mei 1989 (24 tahun), anak sulung daripada empat(4) orang adik-beradik, berasal dari Tambunan, Sabah dan berketurunan Dusun. Saya adalah merupakan pemegang Higher National Diploma in Computing (Business IT) dan pernah bekerja sebagai website designer. Mempunyai hobi melancong dan membaca.

Wednesday, August 21, 2013

Personaliti Borneo - Leona Gan




1. Ceritakan sedikit mengenai biodata anda.
Saya dikenali sebagai Leona Gan, berasal dari Kuala Penyu berbangsa Sinokadazan. Mama saya berbangsa Dusun Tetana manakala Papa berbangsa Cina Hokkien. Merupakan anak bongsu dari 8 orang adik-beradik. Hobi suka melancong dan memasak. Berbakat dalam bidang nyanyian dan menari. Kini sedang melanjutkan pelajaran di UiTM, Shah Alam. Saya seorang yang sangat cintakan budaya dan adat tradisi. 

Personaliti Borneo - Dianni Murni Kayar

Dianni Murni Kayar, Unduk Ngadau Kadazandusun Murut Johor State Level 2013 Winner/Top Fifteen Unduk Ngadau Kaamatan Sabah State Level 2010. She is a flight stewardess for Malaysia Airlines. Her career helped her to travel all around the globe and exposing herself with a unique cultural experiences. She enjoyed taking photos featuring people and cultures, and share the captured moments with others. 


1. Ceritakan mengenai diri anda.
Nama saya Dianni Murni Kayar. Nama dipanggil Othoe atau Dianni. Tarikh lahir 6 Jun 1985, berumur 28 tahun. Hobi saya ialah melancong dan menjadi master chef di dapur sendiri.

Personaliti Borneo - Erma Fatimah Stiling

1. Ceritakan sedikit mengenai biodata anda.

Nama saya Erma Fatimah Binti Stiling. Anak sulung daripada tiga (3) orang adik beradik. Berasal dari Kampung Hobut, Kudat, Sabah. Saya sedang menuntut dalam jurusan Diploma in Physiotherapy di Windfield International College.

A Rungus ethnic lady in her traditional attire. In this photo - Erma Fatimah Stiling, top 11 finalist of Runduk Tadau category, Borneo Hornbill Festival 2012

Monday, August 19, 2013

Personaliti Borneo: Veeky-Leonora Andria

Veeky Leonora-Andria, Kumang Iban winner, Borneo Hornbill Festival 2011. She is  an active blogger. She has been a consistent writer since winning the coveted title. Already a cultural enthusiast, she wrote in her blog, "The information from my blog is mainly from what I see, I read, I experience, I feel....I believe that the things that I write is true to me and I tried my very best to convey the truth of what I know."


















Saturday, August 17, 2013

Personaliti Borneo - Cleopatra Sandud

1. Ceritakan mengenai diri anda.
Cleopatra Sandud berasal dari Kampung Tagaroh Kota Marudu, sabah. Berbangsa Dusun Tindal dan Dusun Bundu. Lepasan Bachelor In Healthcare Management di sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur. Fasih berbahasa Dusun Tindal dan Dusun Bundu (bahasa lebih kurang sama). Lebih suka bertutur dalam Bahasa Dusun. Suka membaca, melayari internet, mendengar muzik, sangat meminati atau mempelajari sukukaum yang terdapat di Borneo. Sukakan alam semulajadi flora dan fauna.

 

Personaliti Borneo - Suzzy Anak Ramli

1. Ceritakan mengenai diri anda.
Full name saya Suzzy Anak Ramli, tarikh lahir 5 Januari 1990 dan sekarang saya berusia 23 tahun.  Saya anak sulung daripada 4 orang adik-beradik. Sekarang saya study dalam Bachelor (Hons) of Science in Healthcare Management.




















Personaliti Borneo - Sanddy Ngu

1. Ceritakan mengenai diri anda.
Sanddy Ngu, berketurunan campuran Cina dan Iban, anak bongsu daripada tiga orang adik beradik. Berkelulusan ijazah dalam bidang perniagaan (pengkhususan pemasaran), dan kini sedang bekerja sebagai eksekutif bank.