Saturday, August 17, 2013

Personaliti Borneo - Cleopatra Sandud

1. Ceritakan mengenai diri anda.
Cleopatra Sandud berasal dari Kampung Tagaroh Kota Marudu, sabah. Berbangsa Dusun Tindal dan Dusun Bundu. Lepasan Bachelor In Healthcare Management di sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur. Fasih berbahasa Dusun Tindal dan Dusun Bundu (bahasa lebih kurang sama). Lebih suka bertutur dalam Bahasa Dusun. Suka membaca, melayari internet, mendengar muzik, sangat meminati atau mempelajari sukukaum yang terdapat di Borneo. Sukakan alam semulajadi flora dan fauna.

 
2. Apakah pandangan anda mengenai pertandingan ratu cantik berkonsep tradisional?
Pada pandangan saya mengenai pertandingan ratu cantik yang berkonsepkan tradisional adalah sangat penting untuk diteruskan/diperagakan  untuk memupuk  nilai minat /suka pada golongan muda ataupun golongan dewasa demi mengekalkan pakaian tradisional/keaslian yang sedia ada tanpa mengubah suai sesuatu bentuk atau warna mengikut citarasa si pemakai serta memperkenalkan sesuatu yang baru kepada generasi yang tidak pernah melihat sesuatu pakaian dari suku yang lain. Di samping itu juga ia menjadi batu loncatan  dan melahirkan para pencinta budaya ke tahap yang lebih tinggi contohnya Daphne Iking adalah mantan Unduk Ngadau Kaamatan Sabah dan telah menjadi model dan pemberita.

3. Adakah anda mempunyai pakaian tradisional sendiri? Ceritakan secara ringkas mengenainya.
Ya, saya mempunyai pakaian tradisional sendiri yang diturunkan oleh nenek moyang sya  iaitu  baju suku kaum Dusun Bundu yang dikenali sebagai “sinurangga” linongkitan, dan juga  baju suku Dusun Tindal “Taabot”. “Sunduk” merupakan padanan penting dengan kedua-dua baju ini. Pakaian wanita suku kaum Dusun Bundu  berwarna hitam “garung” dipanggil “Sinurangga” yang dipotong segiempat tepat dan menampakan bahagian perut. Oleh kerana peredaran zaman saya mengenakan lapisan baju supaya tidak menampakan bahagian perut.

Sarung  “ gonob” dipanggil “ Sinulatan” yang diperbuat daripada kapas yang dipintal menjadi benang dan ditenun dan diwarnakan menggunakan sejenis kulit kayu yang dipanggil sebagai “loboh” yang menghasilkan warna hitam.  Material “Sunduk” sama  seperti  penghasilan “Gonob”. Baju  Suku Dusun Tindal “garung”  dikenali sebagai “Taabot” yang berbentuk panjang yang dipakai hanya  ke paras dada dan menampakan bahagian perut, untuk mengelakan “Taabot” dipakai tidak jatuh “Rindawog” dipakai dililit  bertindih bawah “Taabot” dan atas “Taabot” pada bahagian dada iaitu rotan merah yang diwarnakan menggunakan akar pokok mengkudu direbus bersama dengan sireh supaya menghasilkan warna merah pada rotan tersebut dan kekadang ia juga dikenali sebagai “Tuai Ragang” yang bermaksud rotan merah yang dipakai sebagai accessories di pinggang juga.

4. Apakah pertandingan ratu cantik berkonsep tradisional yang pernah disertai oleh anda?
Saya pernah menyertai pertandingan ratu cantik tradisional sejak remaja lagi, saya pernah mendapat tempat ketiga (bulih lah kalo kampung-kampung kan? Hehehe). Saya juga pernah tidak menang dan saya menanggap itu bukan rezeki saya (dalam hati mau menang juga mahh). Pada pendapat saya  penyertaan itu sangat penting sebagai pengalaman peribadi yang mungkin kita jadikan sebagai panduan masa akan datang.

Pertandingan yg pernah saya ikuti konsep tradisional iaitu Unduk Ngadau Peringkat Kg. Tagaroh tahun 2009 (Tempat ketiga); Runduk Tadau Borneo Hornbill Festival anjuran Warisan Sawarak tahun 2012 (Top 10); Unduk Ngadau Peringkat Negeri Johor Tahun 2013, dan Miss Borneo Sabah Ethnic 2013 Borneo Hornbill Festival anjuran Warisan sarawak (Menerima anugerah Miss  Photogenic Sabah Ethnic, Miss Favorite Sabah Ethnic).

Bagi saya dalam adat  pertandingan ada kalah ada yang menang dan yang tidak menang tidak semestinya kalah tapi "belum sampai waktunya." Saya percaya itu.

5. Selaku penerima anugerah/gelaran, apakah peranan utama yang akan dilakukan oleh anda? 
Sebagai penerima anugerah Miss Photogenic dan Miss Favorite yang saya sangat terharu sebab usaha dan pengorbanan saya tidak sia-sia sehingga saya menerima anugerah itu. Peranan utama yang saya harus lakukan saya akan mempromosi pakaian tradisional yang berkonsepkan keaslian kerana bagi saya “ Tiada keaslian maka tiadalah nilai”. Selain itu juga saya cuba membuat pendekatan pada generasi muda untuk mengenali dan memahami suku kamu mereka sendiri contohnya menggunakan account Facebook menyebarkan maklumat atau pengetahuan tentang pakaian tradisional. Cara seumpama ini mereka ada kesungguhan memperagakan pakaian mereka sendiri tanpa ragu-ragu. Di samping itu, saya juga menyokong aktiviti yang berkaitan dengan kebudayaan dan melibatkan diri  supaya anugerah yang saya dapat itu tidak berakhir begitu saja.

6. Apakah yang anda faham tentang 'Unduk Ngadau' dan 'Borneo Hormbill Festival'?
Unduk Ngadau  adalah acara dimana seorang gadis kaum KadazanDusunMurut yang dipilih  dan menunjuk ciri-ciri seperti  “Huminodun” yang berkorban untuk manusia di bumi sehinggalah hari ini ia tumbuh menjadi padi sebagai makanan ruji manusia. Pernahkah kamu membayangkan rupa paras “Huminodun”? Seperti yang kita tahu lagenda “Huminodun” - dia adalah seorang yang taat pada orang tua, tidak sombong, baik hati dan banyak lagi sifat yang indah yang ada pada ‘Huminodun.' Mungkin juga dia seorang yang cantik, tinggi, rendah, hitam, putih, kita tidak tahu kan? Kita hanya berimaginasi dalam kata lain “Tidak ada sebab yang menghalang untuk menjadi Unduk Ngadau kecuali daripada diri kita sendiri. Orang kata “dari kita saja baitu." Tapi dalam pertandingan banyak cabaran yang harus dilalui mengorbankan masa, tenaga, wang ringgit dan kesungguhan adalah sangat penting kerana bukan saja dari kecantikan paras rupa tapi  keikhlasan yang menampakkan dari sudut itu untuk menyelami dan menghayati gambaran sebagai seorang “Huminodun."

Borneo Hornbill Festival menggabungkan budaya Borneo iaitu negeri Sabah dan Sarawak (Malaysia Timur) dimana  etnik-etnik di Borneo bertanding untuk merebut gelaran yang mewakili setiap suku kaum. Acara ini memberi peluang  dan adalah mencungkil bakat kepada pengiat budaya/seni dan generasi muda menonjolkan kebolehan, pemahaman tentang suku kaum masing-masing. Di samping itu, kita berpeluang mempromosi budaya kita kepada orang luar . Kita sangat bertuah kerana terdiri daripada beratus-ratus suku kaum yang terdapat di Borneo dan mengeratkan hubungan negeri Sabah dan Sarawak melalui acara ini.

7. Nyatakan cadangan anda untuk meningkatkan lagi mutu dan kualiti blog KauluanExpress.

Cadangan saya dalam meningkatkan mutu dan kualiti blog kauluan express ialah..no comment kalau ini…hehe!

Facebook: Cleopatra Sandud
Dress: Cleopatra Sandud (Dusun Tindal and Dusun Bundu traditional attire)
Location and year: Putrajaya, 2012 and Kuala Lumpur, 2013.
Album: Cultural Biodiversity
Cleopatra in her Dusun Bundu traditional attire.






 Cleopatra in her Dusun Tindal traditional attire.






No comments: