Salaam, semua.
Kenali 'Tantagas.' Bagi
yang sudah tahu, bolehlah tunjuk ajar di mana-mana yang silap (sebagai
pencerahan). Moga-moga info ini boleh dikongsi bersama.
Pakar ilmu tradisional (traditional
priestesses) atau pakar dalam upacara ritual (kerohanian), atau 'Tantagas',
adalah hampir kebanyakannya terdiri di kalangan kaum wanita, dan mahir dalam
menghafal 'rinait,' iaitu sebuah pembacaan berupa dikir panjang/doa yang
ditujukan kepada dewa-dewa di kalangan masyarakat kaum Dusun Lotud. Di kalangan
kebanyakan kaum rumpun Dusun (Dusunic group) di Sabah, rinait merupakan satu
genre yang unik umpama syair yang dibacakan secara lisan. Ia terdiri daripada
siri ayat-ayat - pertama dalam bahasa sehari-harian, dan yang kedua (yang
mempunyai makna yang sama) dalam upacara tersebut. Rinait tersebut menceritakan tentang penciptaan dunia; hal-ehwal
dewa-dewa, asal-usul nasi, preskripsi/pengubatan dalam kehidupan; amalan-amalan
kerohanian, dan aspek-aspek kebudayaan dalam
kehidupan. Bacaan rinait mungkin dilakukan secara berbisik, laungan kuat atau
lembut/sederhana, dan boleh bertahan untuk beberapa jam atau hari, mengikut
konteks dan majlis.