Friday, July 12, 2013

Jauh di mata, dekat di hati

Salaam, semua.

Pepatah dalam Bahasa Inggeris ada menyatakan,“Absence makes the heart grow fonder.” Pepatah dalam Bahasa Melayu yang mempunyai maksud yang sama berbunyi ‘Jauh di mata dekat di hati.' Bagaimana kita memberi maksud  kepada kedua-dua pepatah ini bergantung kepada diri kita sendiri.


Bagi kebanyakan kita apabila berjauhan,  sudah semestinya ia membawa kepada rasa rindu.. rasa kehilangan.. dan rasa resah gelisah.  Kita rindu kepada insan yang tiada bersama kita.  Kita merasa kehilangan kepada insan yang jauh dan yang sudah lama tidak bersua muka dan bertukar kata.  Dan merasa resah apabila tiada mendapat khabar berita dari insan yang tiada bersama kita.

Keadaan inilah agaknya yang menyebabkan ‘satu suasana dicipta’ dimana terkumpulnya insan yang terlibat.  Dan suasana ini diwujudkan apabila tiba hari-hari perayaan utama di negara Malaysia seperti sambutan Aidilfitri, Hari Natal, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan tidak terkecuali perayaan yang disambut oleh rakyat di negeri Sabah iaitu Pesta Kaamatan. 

Tiap-tiap seorang daripada kita mempunyai tafsiran tersendiri mengenai hari penuh hikmah ini.  Ada di antara kita menunggu kedatangannya untuk dijadikan sebagai detik permulaan bagi azam hidup yang baru,  yang mempunyai lebih makna kepada kita.

Ada pula di antara kita yang menunggu ketibaan hari ini untuk dijadikan sebagai hari  berkumpul bersama-sama semua kaum keluarga.  Atau hari untuk kita memperbaharui dan mengukuhkan lagi tali persaudaraan kita sesama anggota keluarga.

Apa-apa pun, Pesta Kaamatan atau Tadau Kaamatan amat besar maknanya kepada masyarakat kaum Kadazan Dusun Murut (KDM) di negeri Sabah secara khususnya. Tadau Kaamatan (sambutan hari menuai) secara am dikaitkan dengan komuniti Kadazandusun Murut (singkatan: KDM). Tetapi dalam konteks lebih inklusif, ia sebenarnya merupakan acara bagi semua etnik yang mengamalkan ‘tradisi menuai’ sebagai satu budaya. Ini termasuklah suku lain yang kadangkala tidak mahu digolongkan dalam klasifikasi KDM; seperti Lundayeh, Bonggi, Tidong, Tombonuo dan pelbagai lagi. Sejarah pembentukan identiti sepunya KDM bermula sekitar awal tahun 60-an. Sambutan festival Kaamatan adalah salah satu saluran teras di mana identiti sepunya ini dimahsyurkan secara sistematik.

Pada bulan Mei dan Jun yang lalu, saya bersama sahabat-sahabat yang lain berkesempatan untuk meraihkan Pesta Kaamatan di negeri Johor anjuran Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) dan Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM). Shukur, alhamdulillah. Melalui acara seperti ini saya dapat menambah kenalan baru dan mengukuhkan tali persahabatan bersama-sama sahabat sedia ada. 

Pengalaman yang sungguh menarik dan sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Lebih mencabar lagi, perjalanan ulang-alik ke sana dengan menggunakan kereta yang memakan masa berjam-jam, merempuh traffic jammed dan meletihkan. Setibanya di lokasi, tanpa melengahkan masa, aktiviti terus berjalan - fotografi, pendaftaran, rehearsal, bergosip dan macam-macam lagi. Penat, babe! Tapi yang penting enjoy! My role? Biasalah, fotografi (-:

Yang jauh didekatkan,  dan yang renggang dirapatkan. Inilah yang dirasai oleh komuniti KDM yang bersama-sama memeriahkan acara di negeri Johor. Kenapa negeri Johor? Khabarnya populasi kaum KDM di negeri Johor telah menunjukkan peningkatan dari segi peratusan penduduk (statistik), selain Lembah Klang. Tidak mengapalah, negeri Johor pun Johorlah. Namanya pun masih di bumi Malaysia!

Dalam masa setahun,  banyak perkara boleh berlaku.  Banyak juga kata-kata yang dilafazkan,  dikeluarkan,  dihemburkan  dan  diperdengarkan.  Ini terlaksana secara spontan,  atau tidak disengajakan  atau sengaja disebutkan.  Tiap perbuatan ini mempunyai akibatnya masing-masing.  Ada yang baik dan ada pula yang buruknya. Maka itulah sebabnya,  perhimpunan komuniti seperti ini amat digalakkan,  yang tujuan utamanya untuk meleraikan yang kusut,  membetulkan yang tidak betul,  merapatkan yang renggang,  dan menyatupadukan anggota komuniti supaya dapat sama-sama mengharungi hidup di masa hadapan dengan lebih sejahtera,  cemerlang,  bersatu-padu dan penuh persefahaman.

P/S: Mohon maaf kepada sahabat-sahabat semua sekiranya wujud sebarang kekurangan, salah dan silap. Hari Raya lambat lagi, tapi saya mau minta maaf juga. BIG smile (-:

Regards.

Foto-foto yang sempat saya ambil sepanjang acara berlangsung.

Finalis Unduk Ngadau Kaamatan KDM Peringkat Negeri Johor
Dianni Murni Kayar, Pemenang Unduk Ngadau Kaamatan KDM Peringkat Negeri Johor



Jacqueline Joan, pemenang tempat kedua, Unduk Ngadau Kaamatan KDM Peringkat Negeri Johor
Zico De Kanju diapit oleh pemenang tempat pertama dan kedua, Unduk Ngadau Kaamatan KDM Peringkat Negeri Johor 
Pemenang tempat ketiga, Unduk Ngadau Kaamatan KDM Peringkat Negeri Johor



Sesi persiapan. Rambut gong in the making.

Mr. Albert selaku penatarias wajah dan pendadan rambut profesional. Sentuhan magic beliau jarang mendukacitakan.



Zico De Kanju sedang teliti mendandan rambut peserta.
Top Three, Unduk Ngadau Kaamatan KDCA Peringkat Negeri Johor.
Top Seven, Unduk Ngadau Kaamatan KDCA Peringkat Negeri Johor.
Elniee Anselmus, Pemenang Unduk Ngadau Kaamatan KDCA Peringkat Negeri Johor.
Winning moments.


Jacqueline Joan, Tim Anderson dan Dianni Murni Kayar menggayakan pakaian tradisionl kaum Dusun Lotud dari daerah Tuaran, Sabah.
Kiri - Pakaian tradisional kaum Kadazan (Penampang). Tengah - Pakaian tradisional kaum Kadazan (Papar). Kanan - Pakaian tradisional kaum Dusun Lotud (Tuaran)
Mommy and sister Lini. Sweet!
Sempat update keputusan Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah
Nel Justine selaku juri pertandingan Unduk Ngadau.


Sumandak oporodot!
Camelia Allysa C, pemenang top seven dan penerima gelaran Miss Favorites.
Stazey dave, pemenang acara Sugandoi. Penyanyi bersuara emas!
Winning moments.

Rev. Father Valentine dan Datuk Peter Anthony.

Dianni, Tim dan Ben Ben.
Tiara Unduk Ngadau.
Sesi persiapan. Serius saja wajah mereka..


2 comments:

Damai Hati said...

Indah sungguh nukilan kamu ini...suka!

Anonymous said...

Love love. i enjoyed reading every posts from you!!!