Salaam, semua.
Pepatah dalam Bahasa Inggeris ada menyatakan,“Absence makes the heart grow fonder.” Pepatah
dalam Bahasa Melayu yang mempunyai maksud yang sama berbunyi ‘Jauh di mata
dekat di hati.' Bagaimana kita memberi maksud kepada kedua-dua
pepatah ini bergantung kepada diri kita sendiri.
Bagi kebanyakan kita apabila berjauhan, sudah semestinya
ia membawa kepada rasa rindu.. rasa kehilangan.. dan rasa resah gelisah.
Kita rindu kepada insan yang tiada bersama kita. Kita merasa kehilangan
kepada insan yang jauh dan yang sudah lama tidak bersua muka dan bertukar
kata. Dan merasa resah apabila tiada mendapat khabar berita dari insan yang
tiada bersama kita.
Keadaan inilah agaknya yang menyebabkan ‘satu suasana dicipta’
dimana terkumpulnya insan yang terlibat. Dan suasana ini diwujudkan apabila
tiba hari-hari perayaan utama di negara Malaysia seperti sambutan Aidilfitri,
Hari Natal, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan tidak terkecuali perayaan yang
disambut oleh rakyat di negeri Sabah iaitu Pesta Kaamatan.
Tiap-tiap seorang daripada kita mempunyai tafsiran
tersendiri mengenai hari penuh hikmah ini. Ada di antara kita menunggu
kedatangannya untuk dijadikan sebagai detik permulaan bagi azam hidup yang
baru, yang mempunyai lebih makna kepada kita.
Ada pula di antara kita yang menunggu ketibaan hari
ini untuk dijadikan sebagai hari berkumpul bersama-sama semua kaum
keluarga. Atau hari untuk kita memperbaharui dan mengukuhkan lagi tali
persaudaraan kita sesama anggota keluarga.
Apa-apa pun, Pesta Kaamatan atau Tadau Kaamatan amat
besar maknanya kepada masyarakat kaum Kadazan Dusun Murut (KDM) di negeri Sabah
secara khususnya. Tadau Kaamatan (sambutan hari
menuai) secara am dikaitkan dengan komuniti Kadazandusun Murut (singkatan: KDM).
Tetapi dalam konteks lebih inklusif, ia sebenarnya merupakan acara bagi semua
etnik yang mengamalkan ‘tradisi menuai’ sebagai satu budaya. Ini termasuklah
suku lain yang kadangkala tidak mahu digolongkan dalam klasifikasi KDM; seperti
Lundayeh, Bonggi, Tidong, Tombonuo dan pelbagai lagi. Sejarah pembentukan identiti sepunya KDM bermula
sekitar awal tahun 60-an. Sambutan festival Kaamatan adalah salah satu saluran
teras di mana identiti sepunya ini dimahsyurkan secara sistematik.
Pada bulan Mei dan Jun yang lalu, saya bersama
sahabat-sahabat yang lain berkesempatan untuk meraihkan Pesta Kaamatan di
negeri Johor anjuran Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) dan Pertubuhan
Kadazan Dusun Murut (KDM). Shukur, alhamdulillah. Melalui acara seperti ini saya dapat menambah kenalan baru dan mengukuhkan tali persahabatan bersama-sama sahabat sedia ada.
Pengalaman yang sungguh menarik dan sukar untuk
diterjemahkan dengan kata-kata. Lebih mencabar lagi, perjalanan ulang-alik ke sana dengan
menggunakan kereta yang memakan masa berjam-jam, merempuh traffic jammed dan meletihkan. Setibanya di lokasi,
tanpa melengahkan masa, aktiviti terus berjalan - fotografi, pendaftaran, rehearsal, bergosip dan macam-macam lagi. Penat, babe! Tapi yang penting enjoy!
My role? Biasalah, fotografi (-:
Yang jauh didekatkan, dan yang renggang
dirapatkan. Inilah yang dirasai oleh komuniti KDM yang bersama-sama
memeriahkan acara di negeri Johor. Kenapa negeri Johor? Khabarnya populasi kaum
KDM di negeri Johor telah menunjukkan peningkatan dari segi peratusan penduduk
(statistik), selain Lembah Klang. Tidak mengapalah, negeri Johor pun Johorlah.
Namanya pun masih di bumi Malaysia!
Dalam masa
setahun, banyak perkara boleh berlaku. Banyak juga kata-kata yang
dilafazkan, dikeluarkan, dihemburkan dan
diperdengarkan. Ini terlaksana secara spontan, atau tidak
disengajakan atau sengaja disebutkan. Tiap perbuatan ini mempunyai
akibatnya masing-masing. Ada yang baik dan ada pula yang buruknya. Maka
itulah sebabnya, perhimpunan komuniti seperti ini amat digalakkan,
yang tujuan utamanya untuk meleraikan yang kusut, membetulkan yang tidak
betul, merapatkan yang renggang, dan menyatupadukan anggota komuniti
supaya dapat sama-sama mengharungi hidup di masa hadapan dengan lebih
sejahtera, cemerlang, bersatu-padu dan penuh persefahaman.
P/S: Mohon maaf kepada sahabat-sahabat semua sekiranya wujud sebarang kekurangan, salah dan silap. Hari Raya lambat lagi, tapi saya mau minta maaf juga. BIG smile (-:
Regards.
Foto-foto yang sempat saya ambil sepanjang acara berlangsung.
 |
Finalis Unduk Ngadau Kaamatan KDM Peringkat Negeri Johor |
 |
Jacqueline Joan, pemenang tempat kedua, Unduk Ngadau Kaamatan KDM Peringkat Negeri Johor |
 |
Zico De Kanju diapit oleh pemenang tempat pertama dan kedua, Unduk Ngadau Kaamatan KDM Peringkat Negeri Johor |
 |
Pemenang tempat ketiga, Unduk Ngadau Kaamatan KDM Peringkat Negeri Johor |
 |
Sesi persiapan. Rambut gong in the making. |
 |
Mr. Albert selaku penatarias wajah dan pendadan rambut profesional. Sentuhan magic beliau jarang mendukacitakan. |
 |
Zico De Kanju sedang teliti mendandan rambut peserta. |
 |
Top Three, Unduk Ngadau Kaamatan KDCA Peringkat Negeri Johor. |
 |
Top Seven, Unduk Ngadau Kaamatan KDCA Peringkat Negeri Johor. |
 |
Elniee Anselmus, Pemenang Unduk Ngadau Kaamatan KDCA Peringkat Negeri Johor. |
 |
Winning moments. |
 |
Jacqueline Joan, Tim Anderson dan Dianni Murni Kayar menggayakan pakaian tradisionl kaum Dusun Lotud dari daerah Tuaran, Sabah. |
 |
Kiri - Pakaian tradisional kaum Kadazan (Penampang). Tengah - Pakaian tradisional kaum Kadazan (Papar). Kanan - Pakaian tradisional kaum Dusun Lotud (Tuaran) |
.jpg) |
Sempat update keputusan Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah |
.jpg) |
Sumandak oporodot! |
.jpg) |
Stazey dave, pemenang acara Sugandoi. Penyanyi bersuara emas! |
.jpg) |
Winning moments. |
.jpg) |
Rev. Father Valentine dan Datuk Peter Anthony. |
.jpg) |
Tiara Unduk Ngadau. |
.jpg) |
Sesi persiapan. Serius saja wajah mereka.. |
2 comments:
Indah sungguh nukilan kamu ini...suka!
Love love. i enjoyed reading every posts from you!!!
Post a Comment