1. Ceritakan mengenai diri anda.
Cleopatra
Sandud berasal dari Kampung Tagaroh Kota Marudu, sabah. Berbangsa Dusun Tindal
dan Dusun Bundu. Lepasan Bachelor In
Healthcare Management di sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur. Fasih
berbahasa Dusun Tindal dan Dusun Bundu (bahasa lebih kurang sama). Lebih suka
bertutur dalam Bahasa Dusun. Suka membaca, melayari internet, mendengar muzik,
sangat meminati atau mempelajari sukukaum yang terdapat di Borneo. Sukakan alam
semulajadi flora dan fauna.
