Sunday, August 11, 2013

Kenali Tantagas - Warisan tradisi Dusun Lotud

Salaam, semua.

Kenali 'Tantagas.' Bagi yang sudah tahu, bolehlah tunjuk ajar di mana-mana yang silap (sebagai pencerahan). Moga-moga info ini boleh dikongsi bersama.

Pakar ilmu tradisional (traditional priestesses) atau pakar dalam upacara ritual (kerohanian), atau 'Tantagas', adalah hampir kebanyakannya terdiri di kalangan kaum wanita, dan mahir dalam menghafal 'rinait,' iaitu sebuah pembacaan berupa dikir panjang/doa yang ditujukan kepada dewa-dewa di kalangan masyarakat kaum Dusun Lotud. Di kalangan kebanyakan kaum rumpun Dusun (Dusunic group) di Sabah, rinait merupakan satu genre yang unik umpama syair yang dibacakan secara lisan. Ia terdiri daripada siri ayat-ayat - pertama dalam bahasa sehari-harian, dan yang kedua (yang mempunyai makna yang sama) dalam upacara tersebut. Rinait tersebut  menceritakan tentang penciptaan dunia; hal-ehwal dewa-dewa, asal-usul nasi, preskripsi/pengubatan dalam kehidupan; amalan-amalan kerohanian, dan aspek-aspek  kebudayaan dalam kehidupan. Bacaan rinait mungkin dilakukan secara berbisik, laungan kuat atau lembut/sederhana, dan boleh bertahan untuk beberapa jam atau hari, mengikut konteks dan majlis.


Sistem hierarki Tantagas adalah seperti berikut - yang paling tua (pangkat nenek) mempunyai pengetahuan rohani yang luarbiasa dan biasanya mempunyai 'nilai kuasa' yang paling berkesan antara kesemuanya. Wanita muda mempelajari rinait dan amalan ritual daripada Tantagas yang lebih berusia dan berpengalaman (orang baru/muda dipanggil Tantagas Wagu), manakala yang paling kanan/tua dikenali sebagai Tantagas Lawid.

Bagi seseorang Tantagas, selain nama peribadi beliau, setiap daripada mereka mempunyai nama ritual yang merupakan nama cucu pertama mereka dan didahulukan dengan gelaran 'Odun.' Contohnya, cucu pertama bernama Lindaman, jadi apabila ditambah dengan gelaran Odun, akan menjadi Odun Lindaman.

Tantagas adalah individu pakar yang mahir dalam upacara kerohanian dan boleh melibatkan diri dengan dunia roh dalam memerangi gangguan syaitan (rogon) dan menyelamatkan roh individu sakit dalam upacara penyembuhan; memulihkan semangat padi yang hilang semasa upacara kesuburan, dan melakukan aktiviti kerohanian yang lain. Peranan utama Tantagas, bagaimanapun, adalah untuk mengimbangi dunia fizikal dan rohani. 

Sesetengah Tantagas juga boleh mempunyai 'libabou', yang bertindak sebagai medium perantaraan antara dunia nyata dan dunia roh. Semangat ini (libabou/gimbaran) akan mengiringi mereka ke dalam dunia roh. Upacara 'malibabou' kebiasaannya dijalankan dalam upacara perubatan tradisional di kalangan masyarakat Dusun Lotud. Kebiasaanya seseorang Tantagas yang paling kanan juga mempuyai kebolehan dalam upacara malibabou, tetapi tidak semua Tantagas mempunyai kebolehan itu. Ada juga di kalangan individu biasa (yang bukan Tantagas) yang mempunyai kebolehan untuk menjalankan upacara malibabou. Libabou (semangat yang dimaksudkan dalam penerangan tadi) bukannya diperoleh melalui amalan tertentu, tetapi ia akan 'hadir' ke dalam diri seseorang yang 'terpilih.' Dalam konteks zaman sekarang, kita namakan sebagai seorang yang 'berhati bersih dan suci.' Manakala, seseorang itu mampu untuk menjadi seorang Tantagas melalui pembelajaran dan amalan-amalan tertentu (yang paling penting, harus hafal 'rinait' dan mengikut amalan yang betul sebagai seorang bakal Tantagas).

Tantagas boleh ditemui di daerah Tuaran/Tamparuli, Sabah. 

Mendiang nenek saya bukanlah merupakan seorang Tantagas, tetapi beliau mempunyai 'libabou' dan pernah melakukan upacara malibabou semasa hayatnya. Saya mempunyai pengalaman melihatnya (serta adik-beradik nenek yang lain yang mempunyai kebolehan yang sama) semasa mereka melakukan upacara molibabou ini. Saya tidak faham langsung apa yang dituturkan. Menurut ibu saya, ia adalah merupakan bahasa Dusun Lotud yang sangat klasik, dan hanya boleh difahami oleh sesetengah individu yang masih kaya dengan nilai kebudayaan Dusun dalam diri mereka - ini termasuklah ibu saya sendiri! Apa yang paling saya ingati, bacaan-bacaan tersebut disampaikan dalam irama/melodi yang sungguh indah. Bagi yang pertama kali mendengar, perasaan 'seram' itu akan tetap ada.


P/S: Mami, kasi turun dulu bah itu ilmu sama saya. Saya pun mau faham juga bahasa Dusun Lotud yang klasik. Boleh?

Info:

Video:
(4) Malibabou

Gambar:

Suang Lotud Tantagas At Tamparuli For Year 2011(Mamahui Pogun)

 Suang Lotud Tantagas Group performing Mamahui Pogun for the Year 2011 in Tamparuli

Tantagas Lawid Odun Ribud
Tantagas Lawid Odun
Tantagas Lawid Odun Pamancha
Tantagas Lawid Odun Solinsim
Tantagas Lawid Odun Badin
Tantagas Lawid Odun Gading
Tantagas Lawid Odun
tantagas Lawid Odun Bulleha
Tantagas 2003 Group Photo
Tatangas 2003 Group Photo
Tatangas 2011 Group Photo
Tantagas of Suang Lotud.
Tantagas of Suang Lotud.
 

3 comments:

Collin Maltizores said...

haha!!!,,,, great i love this story bro..apapun saya dan kamu sama juga menegakkn budaya kann...so ur gve me the inspiration jadi saya akan buat nntilahh kostume tuaran ni even saia da satu tapi non ori but this coming costume will original..hhhrreehh btw can show me mana bah saya mau tinguk mereka buat linangkat,n costume lotud..i mean asal dia

Collin Maltizores said...

haha!!!,,,, great i love this story bro..apapun saya dan kamu sama juga menegakkn budaya kann...so ur gve me the inspiration jadi saya akan buat nntilahh kostume tuaran ni even saia da satu tapi non ori but this coming costume will original..hhhrreehh btw can show me mana bah saya mau tinguk mereka buat linangkat,n costume lotud..i mean asal dia

IVAN MARCELLUS Jelong said...

pos lagi upacara lain dusun lotud., sbgai contoh upacara Magandai(upacara pemberkatan bayi) oleh dusun lotud tamparuli