Saturday, August 17, 2013

Personaliti Borneo - Suzzy Anak Ramli

1. Ceritakan mengenai diri anda.
Full name saya Suzzy Anak Ramli, tarikh lahir 5 Januari 1990 dan sekarang saya berusia 23 tahun.  Saya anak sulung daripada 4 orang adik-beradik. Sekarang saya study dalam Bachelor (Hons) of Science in Healthcare Management.





















2. Apakah pandangan anda mengenai pertandingan ratu cantik berkonsep tradisional?
For me pertandingan ratu cantik yang berkonsep tradisional itu adalah salih satu idea yang bagus dimana pertandingan itu bukan saja dia kasi promote tentang kita punya culture or pakaian kita tapi di samping itu secara tidak langsung boleh mencungkil sikap yakin diri, kesungguhan dan adanya motivation diri. Maybe sebelum ini individu tersebut dia malu nak bercakap depan orang ramai, tiada keyakinan nak bercakap so dari ptandingan seperti tu dia ada keyakinan untuk bercakap tambahan lagi bila indvdu itu akan talk tentang dia punya culture and promote kan pakaian tradisional dia supaya org lain tahu.

3. Adakah anda mempunyai pakaian tradisional sendiri? Ceritakan secara ringkas mengenainya.
Ya, saya ada pakaian tradisional sendiri tapi actually tidak complete sangatlah. Yang paling buat saya tertarik tentang pakaian saya ini dia punya kain pua kumbu. Actually kain ini susah nak buat kecuali orang yang lama-lama yang memang ada talent buat ini kainlah and secondly 'ngepan' dimana disitulah kita boleh nampak kelainan pakaian tradisional saya dari yang lain. Actually ngepan ini memang berat juga nak pakai but saya rasa itulah uniknya pakaian saya itu.

4. Apakah pertandingan ratu cantik berkonsep tradisional yang pernah disertai oleh anda?
Borneo Hornbill Festival 2012, Saree Fashion Competition 2012 dan Kumang Gawai Sibu 2010.

5. Selaku penerima anugerah/gelaran, apakah peranan utama yang akan dilakukan oleh anda?
Semestinya saya akan mengekalkan lagi saya punya culture supaya generasi yang akan datang mereka pun tahu jua. Then saya akan support mana-mana pun organization yang organize pertandingan seperti ini sebab sekarang ini jarang orang-orang baru ambil tahu tentang adat dan budaya orang lama. So, apa salahnya kalau benda ini akan berterusan.

6. Apakah yang anda faham tentang 'Unduk Ngadau' dan 'Borneo Hormbill Festival'?
Apa yang saya faham? Actually dua-dua pertandingan ini dia punya visi and misi yang sama iaitu promote kita punya culture dari segi pakaian and so on supaya orang yang tidak tahu langsung tentang kita punya culture boleh jadi tahu serba sedikit. Di samping itu kita boleh jua lihat pelbagai costume tradisional dari pelbagai tempat dimana setiap dari itu costume ada dia punya meaning sendiri. Disamping itu boleh bagi knowledge and open our mind dengan lebih meluas lagi.

7. Nyatakan cadangan anda untuk meningkatkan lagi mutu dan kualiti blog KauluanExpress.
Okay, apa salahnya kalau one day KauluanExpress pun pergi travel mana-mana tempat and cari asal-usul itu pakaian and siapa orang yang masih punya talent tentang buat ini pakaian and knowledge yang betul-betul dari orang itu sendiri dan bukan hanya knowledge yang kita boleh search dari itu internet and whatever. So, bila sudah tahu itu maklumat share lah dalam blog KauluanExpress pasti ramai yang akan bagi positif respond.

Facebook: RomaNtix PiNx
Photographer: SteviePhotography
Dress: Suzzy Anak Ramly (Iban traditional attire)
Location and year: Putrajaya, 2012.






No comments: