Wednesday, August 21, 2013

Personaliti Borneo - Leona Gan




1. Ceritakan sedikit mengenai biodata anda.
Saya dikenali sebagai Leona Gan, berasal dari Kuala Penyu berbangsa Sinokadazan. Mama saya berbangsa Dusun Tetana manakala Papa berbangsa Cina Hokkien. Merupakan anak bongsu dari 8 orang adik-beradik. Hobi suka melancong dan memasak. Berbakat dalam bidang nyanyian dan menari. Kini sedang melanjutkan pelajaran di UiTM, Shah Alam. Saya seorang yang sangat cintakan budaya dan adat tradisi. 


2. Apakah pandangan anda mengenai pertandingan ratu cantik berkonsep tradisional?
Sesuatu yang harus dijadikan kebanggaan seluruh masyarakat kerana program ini masih diteruskan meskipun bakal mencapai wawasan 2020. Pertandingan ini harus diteruskan supaya dapat diterapkan oleh generasi yang akan datang.

3. Adakah anda mempunyai pakaian tradisional sendiri? Ceritakan secara ringkas mengenainya.
Ya, saya mempunyai pakaian tradisi sendiri. Ia dikenali sebagai baju tradisi Penampang. Sinuangga (blaus hitam tanpa lengan), tapi (skirt hitam berenda emas), himpogot (tali pinggang syiling perak), gohong (gelang emas), keronsang syiling emas, tangkong (lilitan rotan disarungi cincin tembaga)

Kepada semua gadis diluar sana, saya mengalakkan kita harus memliki baju tradisi sendiri. Dengan ini kita dapat mengekalkan budaya serta adat tradisi kita agar ia dilupakan oleh generasi yang akan datang. 

4. Apakah pertandingan ratu cantik berkonsep tradisional yang pernah disertai oleh anda?
2011-Pertandingan Ratu Kebaya Peringkat Negeri anjuran Utusan Mingguan & Jamu Mak Dara. 2012-Pertandingan Ratu Kebaya (The Grand Final) anjuran Utusan Harian & Jamu Mak Dara. 2012-Pertandingan Unduk Ngadau anjuran KDCA Klang Valley. 2012-Pertandingan Runduk Tadau anjuran Borneo Hornbill Festival.

5. Selaku penerima anugerah/gelaran, apakah peranan utama yang akan dilakukan oleh anda?
Saya akan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan sama ada program kerajaan atau NGO untuk tujuan mempamerkan, memperagakan keunikan budaya kita (Kadazadusun Murut) pada seluruh lapisan masyarakat.

6. Apakah yang anda faham tentang 'Unduk Ngadau' dan 'Borneo Hormbill Festival'?
Unduk Ngadau adalah semangat Huminodun bermaksud gadis yang dimahkotakan sinaran cahaya matahari. Pertandingan Unduk Ngadau diadakan pada setiap tahun sepanjang bulan Mei bagi untuk memperingati Perjuangan dan Pengorbanan Huminodun.

Borneo Hornbill Festival adalah program yang diadakan setiap tahun pada bulan Julai. Program ini adalah gabungan dari dua budaya sukukaum Sabah dan Sarawak di mana melibatkan Pertandingan Ratu Cantik Tradisional Sabah dan Sarawak. Setiap peserta akan memperagakankeunikan pakaian tradisi serta budaya dan adat tradisi masing-masing. 

7. Nyatakan cadangan anda untuk meningkatkan lagi mutu dan kualiti blog KauluanExpress.

Saya bangga dengan penulis blog KauluanExpress kerana beliau seorang yang sangat cintakan budaya dan adat tradisi kita. Saya sangat berharap blog KauluanExpress dapat meluaskan lagi pengetahuan ini bukan sahaja di Malaysia malah diluar Malaysia agar ia mendapat perhatian dari segenap penjuru pembaca blog dan follower dari luar Malaysia agar keunikan dan keindahan budaya kita dapat menarik pelancong untuk datang ke Sabah dan Sarawak.

Facebook: Leona Gan
Photographer: SteviePhotography
Dress: Leona Gan (Kadazan Penampang ethnic traditional attire)
Location and year: Putrajaya Wetland, 2012.

No comments: