Dianni Murni Kayar, Unduk Ngadau Kadazandusun Murut Johor
State Level 2013 Winner/Top Fifteen Unduk Ngadau Kaamatan Sabah State Level
2010. She is a flight stewardess for Malaysia Airlines. Her career helped her
to travel all around the globe and exposing herself with a unique cultural
experiences. She enjoyed taking photos featuring people and cultures, and share
the captured moments with others.
1. Ceritakan mengenai diri anda.
Nama
saya Dianni Murni Kayar. Nama dipanggil Othoe atau Dianni. Tarikh lahir 6 Jun
1985, berumur 28 tahun. Hobi saya ialah melancong dan menjadi master chef di dapur sendiri.
2. Apakah pandangan anda mengenai
pertandingan ratu cantik berkonsep tradisional?
Konsep
tradisional bagi saya lebih kepada budaya dan adat resam sesuatu kaum, bersifat
sopan santun. Saya tidak gemar mengenakan pakaian yang terlalu menjolok mata malah lebih
kepada pemakaian baju tradisional dan ini sangat bagus kerana dapat mengekal dan
meneruskan budaya/adat resam supaya tidak pupus ditelan arus permodenan.
3. Adakah anda mempunyai pakaian
tradisional sendiri? Ceritakan secara ringkas mengenainya.
Ya,
ada iaitu baju tradisi Dusun Lotud daripada suku kaum Dusun Lotud, daerah Tuaran/Tamparuli
iaitu tempat asal saya, dilengkapi dengan aksesori tradisional seperti simpai (gelang di lengan), lilimbo (gegelung rotan), lansung (gelang kaki) dan botungkat (tali pinggang daripada duit
syiling).
4. Apakah pertandingan ratu cantik
berkonsep tradisional yang pernah disertai oleh anda?
Pernah
mewakili daerah Tamparuli ke peringkat negeri sabah (2010 Sabah State Level Unduk Ngadau Kaamatan, dipilih sehingga ke top 15). Mewakili daerah Tawau ke pertandingan
Unduk Ngadau UPKO peringkat kebangsaan dan mendapat tempat keempat. Terbaru,
mewakili daerah saya sendiri iaitu Tuaran di pertandingan Unduk Ngadau
Kaamataan KadazanDusunMurut (KDM) peringkat Negeri Johor dan akhirnya rezeki
memihak kepada saya (Johan) - mendapat jolokon "Queen of Tantagas" 2013.
5. Selaku penerima anugerah/gelaran,
apakah peranan utama yang akan dilakukan oleh anda?
Saya
selalu mengingatkan diri saya walau dimana pun saya pergi atau berada saya akan
sentiasa ingat dan jangan lupa tentang asal usul budaya dan bangsa saya, dan
saya tidak segan menceritakan kepada orang luar tentang adat dan budaya negara
bukan saja bangsa saya sendiri malah bangsa-bangsa yang lain kerana Malaysia adalah
negara berbilang kaum. Sebagai penerima/pemegang gelaran itu saya kena sentiasa
menjaga tingkah laku dan menjadi contoh yang baik kepada generasi yang lain yang
bakal menggantikan tempat saya pada masa hadapan.
6. Apakah yang anda faham tentang 'Unduk
Ngadau' dan 'Borneo Hormbill Festival'?
Uunduk
Ngadau adalah lebih kepada pertandingan ratu cantik tradisional yang diadakan bagi
kaum KDM di Sabah. Manakala, pengertian BHF adalah lebih meluas lagi iaitu bukan
saja di Sabah malah bagi negeri Sarawak juga. Ini dapat memberikan saya peluang
yang lebih meluas lagi untuk mempromosi budaya suku kaum yang ada di Borneo kepada
negara luar. BHF juga memberikan peluang kepada saya untuk lebih mengenali
budaya dan suku kaum bukan saja di negeri sendiri malah negeri Sarawak juga.
7. Nyatakan cadangan anda untuk
meningkatkan lagi mutu dan kualiti blog KauluanExpress.
Cadangan
saya ialah perbanyakkan lagi koleksi-koleksi gambar kerana bagi saya setiap
pembaca/pembacaan adalah sangat menarik jika ada kepelbagaian gambar yang ditunjukkan
pada setiap tajuk blog cerita dan saya percaya orang akan lebih tertarik untuk
membaca.
Facebook: Dianni Murni Kayar
Photographer: SteviePhotography, Dianni's Facebook Account
Dress: Tim Anderson (Dusun Lotud ethnic traditional attire), Dianni's Collection
Location and year: Johor, 2013.
Album: Cultural Biodiversity
1 comment:
Baru ada kesempatan membaca artikle ini..
Steve, kalau ada kesempatan..next time, try interview Sylvia Orow pula dan masukan dlm ur blog..Im sure ramai yg yg akan tertarik untuk membaca tentang dia..
Post a Comment