1. Ceritakan sedikit mengenai biodata anda.
Nama saya Erma
Fatimah Binti Stiling. Anak sulung daripada tiga (3) orang adik beradik.
Berasal dari Kampung Hobut, Kudat, Sabah. Saya sedang menuntut dalam jurusan Diploma in Physiotherapy di Windfield International College.
![]() |
A Rungus ethnic lady in her traditional attire. In this photo - Erma Fatimah Stiling, top 11 finalist of Runduk Tadau category, Borneo Hornbill Festival 2012 |
2. Apakah pandangan anda mengenai pertandingan ratu cantik
berkonsep tradisional?
Pada pandangan
saya pertandingan ratu cantik berkonsep traditional sangat baik untuk
diteruskan kerana hanya daripada pertandingan inilah baru kita dapat melihat
keunikan Borneo dimana ada persaingan hebat di antara peserta yang ingin
memperkenlkan suku kaum masing-masing, walaupun pada hakikatnya ada juga yang
menyertai pertandingan ini untuk mendapat nama semata-mata. Secara tidak
lansung ianya tetap membantu dalam memperkenalkan pakaian tersebut. Pembawaan seseorang ketika memakai pakaian tradisional sangat penting kerana ia
mencerminkan suku kaum tersebut.
3. Adakah anda mempunyai pakaian tradisional sendiri? Ceritakan
secara ringkas mengenainya.
Saya tidak
memiliki pakaian tradisional sendiri. Namun demikian saya ingin berkongsi
dengan anda tentang pakaian traditional suku kaum Rungus bermula daripada hiasan kepala sehingga ke bahagian kaki. Sanggul wanita akan dihiasi oleh
titimbok, rampai, singal dan untuk telinga anting-anting (sadang). Perhiasan leher – Ingot (dibuat daripada
manik), sulau, togkol, gangalung. Baju - Banat tondu, pinakol, sandang. Perhiasan tangan - Saring, batakan, golong. Kain sarung (tapi) ada dua jenis iaitu rinugading dan tinongkutan (bahagian
bawah dihiasi lonceng kecil dipanggil giring). Perhiasian punggung - Orot, takong. Perhiasan kaki - Lungkaki.
4. Apakah pertandingan ratu cantik berkonsep tradisional yang
pernah disertai oleh anda?
Ratu Gong Anjuran
Daerah Kecil Matunggong (Finalist). Runduk Tadau Anjuran Borneo Hornbill
Festival Tahun 2012 (Top 11 – Saya memperaga pakaian tradisi etnik Rungus). Miss Ethnic Sabah Anjuran Borneo
Hornbill Festival Tahun 2013 (First Runner-up
& Best in Traditional Attire – Saya memperaga pakaian asli etnik Dusun
Lotud yang sering dipakai oleh Tantagas).
5. Selaku penerima anugerah/gelaran, apakah peranan utama yang akan dilakukan oleh anda?
Selaku penerima
anugerah, peranan utama yang saya perlu lakukan ialah memperkenalkan BORNEO DI
MATA DUNIA. Mungkin kedengaran seperti sangat mustahil, namun kita perlu ingat
bahawa "TIADA YANG MUSTAHIL.” Ya, memang susah untuk melawat semua tempat
dan bercerita tentang keunikan borneo. Namun demikian FACEBOOK boleh dijadikan
sebagai titik permulaan untuk mengharumkan nama BORNEO. Tubuhkan satu kumpulan
dan kongsikan bersama orang lain tentang keunikan BORNEO. Sekiranya ada event yang melibatkan BORNEO, dengan
senang hati saya akan melibatkan diri.
6. Apakah yang anda faham tentang 'Unduk Ngadau' dan 'Borneo Hornbill Festival'?
UNDUK NGADAU diadakan untuk mengingati pengorbanan Huminondun. BORNEO HORNBILL FESTIVAL adalah satu acara yang dinaungi oleh Dr. Laurence untuk memperkenalkan Borneo di persada dunia dan pertandingan yang diadakan contohnya Runduk Tadau atau yang pada saat ini dikenali sebagai Miss Sabah Ethnic bukanlah beauty pageant sembarangan. Bukan kecantikan semata-mata yang dinilai namun pengetahuan haruslah seiring dengan keterampilan diri.
6. Apakah yang anda faham tentang 'Unduk Ngadau' dan 'Borneo Hornbill Festival'?
UNDUK NGADAU diadakan untuk mengingati pengorbanan Huminondun. BORNEO HORNBILL FESTIVAL adalah satu acara yang dinaungi oleh Dr. Laurence untuk memperkenalkan Borneo di persada dunia dan pertandingan yang diadakan contohnya Runduk Tadau atau yang pada saat ini dikenali sebagai Miss Sabah Ethnic bukanlah beauty pageant sembarangan. Bukan kecantikan semata-mata yang dinilai namun pengetahuan haruslah seiring dengan keterampilan diri.
BORNEO HORNBILL FESTIVAL haruslah diteruskan kerana ianya mampu membantu BORNEO untuk berada setaraf dengan yang lain-lain dan melalui festival ini jugalah orang ramai yang berada di Semenanjung dapat mengenali dan melihat sendiri tentang KEUNIKAN BORNEO dengan modal yang berpatutan tanpa perlu terbang ke BORNEO.
7. Nyatakan cadangan anda untuk meningkatkan lagi mutu dan kualiti
blog KauluanExpress.
Cadangan untuk meningkatkan lagi mutu kualiti blog KauluanExpress. Wow, satu penghormatan dapat peluang untuk bagi cadangan..hehehe. Cadangan saya ialah setiap kali ada event yang melibatkan BORNEO, KauluanExpress harus menyertai dan membuat ulasan tentang event tersebut, dan hiasi dengan foto-foto. Komersialkan nama KauluanExpress dengan membuat signture produk sendiri..hehehehe.
Cadangan untuk meningkatkan lagi mutu kualiti blog KauluanExpress. Wow, satu penghormatan dapat peluang untuk bagi cadangan..hehehe. Cadangan saya ialah setiap kali ada event yang melibatkan BORNEO, KauluanExpress harus menyertai dan membuat ulasan tentang event tersebut, dan hiasi dengan foto-foto. Komersialkan nama KauluanExpress dengan membuat signture produk sendiri..hehehehe.
Facebook: Erma Fatimah Stiling
Photographer: SteviePhotography & Tim Anderson
Dress: Erma Fatimah Stiling (Rungus ethnic traditional attire) & Tim Anderson (Dusun Lotud ethnic traditional attire)
Location and year: Putrajaya, 2012, Malaysia Tourism Centre, 2012 and Pusat Kraftangan Negara, 2013.
Album: Cultural Biodiversity
![]() |
With range of cultural influences,
Malaysia is among most diverse countries in Asia. In this photo, from left - Cleopatra Sandud (top 11
finalist of Runduk Tadau category, Borneo Hornbill Festival 2012), Suzzy Ramli (first runner-up
of Kumang Iban category, Borneo Hornbill Feestival 2012) and Erma Fatimah Stiling (top 11
finalist of Runduk Tadau category, Borneo Hornbill Festival 2012)
|
![]() |
Erma Fatimah Stiling during closed-door judging. She is wearing Dusun Lotud traditional attire. |
![]() |
Best in Traditional Attire - Miss Sabah ethnic, Borneo Hornbill Festival 2013. |
No comments:
Post a Comment