Wednesday, August 21, 2013

Personaliti Borneo - Dianni Murni Kayar

Dianni Murni Kayar, Unduk Ngadau Kadazandusun Murut Johor State Level 2013 Winner/Top Fifteen Unduk Ngadau Kaamatan Sabah State Level 2010. She is a flight stewardess for Malaysia Airlines. Her career helped her to travel all around the globe and exposing herself with a unique cultural experiences. She enjoyed taking photos featuring people and cultures, and share the captured moments with others. 


1. Ceritakan mengenai diri anda.
Nama saya Dianni Murni Kayar. Nama dipanggil Othoe atau Dianni. Tarikh lahir 6 Jun 1985, berumur 28 tahun. Hobi saya ialah melancong dan menjadi master chef di dapur sendiri.

2. Apakah pandangan anda mengenai pertandingan ratu cantik berkonsep tradisional?
Konsep tradisional bagi saya lebih kepada budaya dan adat resam sesuatu kaum, bersifat sopan santun. Saya tidak gemar mengenakan pakaian yang terlalu menjolok mata malah lebih kepada pemakaian baju tradisional dan ini sangat bagus kerana dapat mengekal dan meneruskan budaya/adat resam supaya tidak pupus ditelan arus permodenan.

3. Adakah anda mempunyai pakaian tradisional sendiri? Ceritakan secara ringkas mengenainya.
Ya, ada iaitu baju tradisi Dusun Lotud daripada suku kaum Dusun Lotud, daerah Tuaran/Tamparuli iaitu tempat asal saya, dilengkapi dengan aksesori tradisional seperti simpai (gelang di lengan), lilimbo (gegelung rotan), lansung (gelang kaki) dan botungkat (tali pinggang daripada duit syiling).

4. Apakah pertandingan ratu cantik berkonsep tradisional yang pernah disertai oleh anda?
Pernah mewakili daerah Tamparuli ke peringkat negeri sabah (2010 Sabah State Level Unduk Ngadau Kaamatan, dipilih sehingga ke top 15). Mewakili daerah Tawau ke pertandingan Unduk Ngadau UPKO peringkat kebangsaan dan mendapat tempat keempat. Terbaru, mewakili daerah saya sendiri iaitu Tuaran di pertandingan Unduk Ngadau Kaamataan KadazanDusunMurut (KDM) peringkat Negeri Johor dan akhirnya rezeki memihak kepada saya (Johan) - mendapat jolokon "Queen of Tantagas" 2013.

5. Selaku penerima anugerah/gelaran, apakah peranan utama yang akan dilakukan oleh anda? 
Saya selalu mengingatkan diri saya walau dimana pun saya pergi atau berada saya akan sentiasa ingat dan jangan lupa tentang asal usul budaya dan bangsa saya, dan saya tidak segan menceritakan kepada orang luar tentang adat dan budaya negara bukan saja bangsa saya sendiri malah bangsa-bangsa yang lain kerana Malaysia adalah negara berbilang kaum. Sebagai penerima/pemegang gelaran itu saya kena sentiasa menjaga tingkah laku dan menjadi contoh yang baik kepada generasi yang lain yang bakal menggantikan tempat saya pada masa hadapan.

6. Apakah yang anda faham tentang 'Unduk Ngadau' dan 'Borneo Hormbill Festival'?
Uunduk Ngadau adalah lebih kepada pertandingan ratu cantik tradisional yang diadakan bagi kaum KDM di Sabah. Manakala, pengertian BHF adalah lebih meluas lagi iaitu bukan saja di Sabah malah bagi negeri Sarawak juga. Ini dapat memberikan saya peluang yang lebih meluas lagi untuk mempromosi budaya suku kaum yang ada di Borneo kepada negara luar. BHF juga memberikan peluang kepada saya untuk lebih mengenali budaya dan suku kaum bukan saja di negeri sendiri malah negeri Sarawak juga.

7. Nyatakan cadangan anda untuk meningkatkan lagi mutu dan kualiti blog KauluanExpress.

Cadangan saya ialah perbanyakkan lagi koleksi-koleksi gambar kerana bagi saya setiap pembaca/pembacaan adalah sangat menarik jika ada kepelbagaian gambar yang ditunjukkan pada setiap tajuk blog cerita dan saya percaya orang akan lebih tertarik untuk membaca. 

Facebook: Dianni Murni Kayar
Photographer: SteviePhotography, Dianni's Facebook Account
Dress: Tim Anderson (Dusun Lotud ethnic traditional attire), Dianni's Collection
Location and year: Johor, 2013.















1 comment:

Nur Syakinah Jeffery Kayar Abdullah said...

Baru ada kesempatan membaca artikle ini..
Steve, kalau ada kesempatan..next time, try interview Sylvia Orow pula dan masukan dlm ur blog..Im sure ramai yg yg akan tertarik untuk membaca tentang dia..