Thursday, September 12, 2013

Personaliti Borneo - Sharon Adrain

1. Ceritakan sedikit mengenai biodata anda.
Nama saya Sharon Adrain, dilahirkan pada 8 Mei 1989 (24 tahun), anak sulung daripada empat(4) orang adik-beradik, berasal dari Tambunan, Sabah dan berketurunan Dusun. Saya adalah merupakan pemegang Higher National Diploma in Computing (Business IT) dan pernah bekerja sebagai website designer. Mempunyai hobi melancong dan membaca.


2. Apakah pandangan anda mengenai pertandingan ratu cantik berkonsep tradisional?
Pada pandangan saya, pertandingan ratu cantik berkonsepkan tradisional ini sangat-sangat diperlukan pada masa ini kerana dengan adanya pertandingan sebegini, orang-orang muda akan lebih menghargai warisan bangsa. Seperti saya sendiri, banyak saya tidak tahu tentang bangsa saya sehingga la saya mengikuti pertandingan berkonsepkan tradisional ini. sesetengah orang sangat sukar untuk menghayati sesuatu hanya melalui bacaan di buku tetapi lebih mudah memahami melalui pengalaman, kan? Jadi kepada gadis-gadis KadazanDusunMurut (KDM) di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan ratu cantik tradisional kerana pengalaman tidak boleh dibeli dengan duit.

3. Adakah anda mempunyai pakaian tradisional sendiri? Ceritakan secara ringkas mengenainya.
Ya, saya mempunyai beberapa pakaian tradisional seperti pakaian dari daerah Tambunan, daerah Ranau, dan daerah Penampang. Beberapa helai baju saya dijahit sendiri oleh mendiang nenek saya dan dihias manik oleh ibu saya sendiri. Saya mempunyai pakaian tradisi yang pernah saya pakai ketika waktu sambutan kemerdekaan di zaman tadika dan sekarang ini telah di warisi oleh adik sepupu saya sendiri. Ada juga beberapa helai yang saya tempah dan dihias oleh rakan saya. Boleh dikatakan baju saya gabungan antara seni sabah dan juga Sarawak. Saya mengagumi seni manik dari negeri Sarawak sehingga saya mengadaptasi seni manik Sarawak ke baju saya sendiri.

4. Apakah pertandingan ratu cantik berkonsep tradisional yang pernah disertai oleh anda?
Saya menyertai pertandingan Unduk Ngadau buat pertama kali pada tahun 2010 di daerah Semporna dan mendapat tempat ketiga. Pada tahun yang sama juga saya mencuba nasib di daerah Sandakan dan juga peringkat kampung-kampung di daerah Tambunan dan mendapat tempat pertama..hehehe. Pada tahun 2012 saya menyertai pertandingan Unduk Ngadau di daerah Tambunan tetapi belum ada nasib juga sampailah pada tahun 2013 saya sekali lagi menyertai di daerah Semporna dan saya berjaya mendapat gelaran Unduk Ngadau Daerah Semporna Tahun 2013. Yang terbaru saya menyertai pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan KDCA Peringkat Negeri Johor dan mendapat tempat kelima.

5. Selaku penerima anugerah/gelaran, apakah peranan utama yang akan dilakukan oleh anda?
Saya akan terus mempromosikan keunikan budaya di sabah dengan cara memperagakan baju berkonsepkan tradisional di mana-mana majlis yang saya pergi kerana tidak semua orang berpeluang untuk mengenali lebih dekat tentang keunikan yang terdapat di sabah. mereka hanya tahu tentang keunikan ini melalui media sahaja tetapi sekiranya kita memperagakan pakaian tradisional ini mereka bukan sahaja dapat melihat lebih dekat malah boleh menyentuh sendiri pakaian ini. siapa tahu satu hari nanti mereka pula yang akan mencuba untuk memakainya.

6. Apakah yang anda faham tentang 'Unduk Ngadau' dan 'Borneo Hormbill Festival'?
Unduk ngadau ialah pertandingan ratu cantik berkonsepkan tradisional untuk suku kaum KDM di negeri Sabah yang melambangkan semangat Huminodun yang telah berkorban untuk manusia manakala Borneo Hornbill Festival pula merangkumi gabungan kebudayaan dua buah negeri iaitu Sabah dan Sarawak di mana setiap peserta akan memperagakan keunikan tradisi serta budaya untuk suku kaum masing-masing.

7. Nyatakan cadangan anda untuk meningkatkan lagi mutu dan kualiti blog KauluanExpress.
Cadangan saya ialah perbanyakkan maklumat tentang keunikan setiap bangsa yang terdapat di sabah. Kalau boleh dapatkan koleksi gambar setiap pakaian tradisi yang asli supaya generasi muda tidak lupa warisan bangsa mereka.

Facebook: Sharon Adrain
Dress: Sharon Adrain, Tim Anderson (Dusun Lotud traditional attire) and Mr. Albert (Dusun Tambunan traditional attire)
Location and year: Putrajaya and Johor Bharu, 2013


































































4 comments:

Carol Lyne said...

She has a model look-a-like feature. How tall is she?

Hilda E. Jay said...

Wah, dia sangat cantikkk lah! Boleh masuk Borneo Hornbill Festival tahun depan!!

Good job, writer.

Erika Zzen said...

Tak nak try Miss World Malaysia? Ada rupa.

Abg-Huzz said...

She is a Dusun?