1. Ceritakan sedikit mengenai biodata anda.
Nama saya Sharon Adrain, dilahirkan pada 8 Mei 1989 (24 tahun), anak sulung daripada empat(4)
orang adik-beradik, berasal dari Tambunan, Sabah dan berketurunan Dusun. Saya adalah
merupakan pemegang Higher National Diploma
in Computing (Business IT) dan pernah bekerja sebagai website designer. Mempunyai hobi melancong dan membaca.
2. Apakah pandangan anda mengenai pertandingan ratu cantik
berkonsep tradisional?
Pada pandangan
saya, pertandingan ratu cantik berkonsepkan tradisional ini sangat-sangat
diperlukan pada masa ini kerana dengan adanya pertandingan sebegini,
orang-orang muda akan lebih menghargai warisan bangsa. Seperti saya sendiri,
banyak saya tidak tahu tentang bangsa saya sehingga la saya mengikuti
pertandingan berkonsepkan tradisional ini. sesetengah orang sangat sukar untuk
menghayati sesuatu hanya melalui bacaan di buku tetapi lebih mudah memahami
melalui pengalaman, kan? Jadi kepada gadis-gadis KadazanDusunMurut (KDM) di
luar sana, jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan ratu cantik
tradisional kerana pengalaman tidak boleh dibeli dengan duit.
3. Adakah anda mempunyai pakaian tradisional sendiri? Ceritakan
secara ringkas mengenainya.
Ya, saya
mempunyai beberapa pakaian tradisional seperti pakaian dari daerah Tambunan,
daerah Ranau, dan daerah Penampang. Beberapa helai baju saya dijahit sendiri
oleh mendiang nenek saya dan dihias manik oleh ibu saya sendiri. Saya mempunyai
pakaian tradisi yang pernah saya pakai ketika waktu sambutan kemerdekaan di
zaman tadika dan sekarang ini telah di warisi oleh adik sepupu saya sendiri.
Ada juga beberapa helai yang saya tempah dan dihias oleh rakan saya. Boleh
dikatakan baju saya gabungan antara seni sabah dan juga Sarawak. Saya mengagumi
seni manik dari negeri Sarawak sehingga saya mengadaptasi seni manik Sarawak ke
baju saya sendiri.
4. Apakah pertandingan ratu cantik berkonsep tradisional yang
pernah disertai oleh anda?
Saya menyertai
pertandingan Unduk Ngadau buat pertama kali pada tahun 2010 di daerah Semporna
dan mendapat tempat ketiga. Pada tahun yang sama juga saya mencuba nasib di
daerah Sandakan dan juga peringkat kampung-kampung di daerah Tambunan dan mendapat
tempat pertama..hehehe. Pada tahun
2012 saya menyertai pertandingan Unduk Ngadau di daerah Tambunan tetapi belum
ada nasib juga sampailah pada tahun 2013 saya sekali lagi menyertai di daerah Semporna
dan saya berjaya mendapat gelaran Unduk Ngadau Daerah Semporna Tahun 2013. Yang
terbaru saya menyertai pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan KDCA Peringkat Negeri
Johor dan mendapat tempat kelima.
5. Selaku penerima anugerah/gelaran, apakah peranan utama yang akan
dilakukan oleh anda?
Saya akan terus
mempromosikan keunikan budaya di sabah dengan cara memperagakan baju
berkonsepkan tradisional di mana-mana majlis yang saya pergi kerana tidak semua
orang berpeluang untuk mengenali lebih dekat tentang keunikan yang terdapat di
sabah. mereka hanya tahu tentang keunikan ini melalui media sahaja tetapi
sekiranya kita memperagakan pakaian tradisional ini mereka bukan sahaja dapat
melihat lebih dekat malah boleh menyentuh sendiri pakaian ini. siapa tahu satu
hari nanti mereka pula yang akan mencuba untuk memakainya.
6. Apakah yang anda faham tentang 'Unduk Ngadau' dan 'Borneo
Hormbill Festival'?
Unduk ngadau
ialah pertandingan ratu cantik berkonsepkan tradisional untuk suku kaum KDM di negeri
Sabah yang melambangkan semangat Huminodun yang telah berkorban untuk manusia
manakala Borneo Hornbill Festival pula merangkumi gabungan kebudayaan dua buah
negeri iaitu Sabah dan Sarawak di mana setiap peserta akan memperagakan
keunikan tradisi serta budaya untuk suku kaum masing-masing.
7. Nyatakan cadangan anda untuk meningkatkan lagi mutu dan kualiti
blog KauluanExpress.
Cadangan saya
ialah perbanyakkan maklumat tentang keunikan setiap bangsa yang terdapat di
sabah. Kalau boleh dapatkan koleksi gambar setiap pakaian tradisi yang asli
supaya generasi muda tidak lupa warisan bangsa mereka.
Facebook: Sharon Adrain
Photographer: SteviePhotography and Nelson Michael Photography
Dress: Sharon Adrain, Tim Anderson (Dusun Lotud traditional attire) and Mr. Albert (Dusun Tambunan traditional attire)
Location and year: Putrajaya and Johor Bharu, 2013
Album: Cultural Biodiversity
4 comments:
She has a model look-a-like feature. How tall is she?
Wah, dia sangat cantikkk lah! Boleh masuk Borneo Hornbill Festival tahun depan!!
Good job, writer.
Tak nak try Miss World Malaysia? Ada rupa.
She is a Dusun?
Post a Comment