Thursday, May 30, 2013

Persatuan Suang Lotud kecewa cara pakai pakaian tradisi diperlekeh

Salaam, all.

It is getting hot in here. Woohoo!

Attention to all fans of Suang Lotud traditional costume, you are advised to read this newspaper clipping (below). The Suang Lotud Association of Sabah (Persatuan Suang Lotud Sabah) are very disappointed with the attitude of some unscrupulous who publicly insulting the traditional attire of Suang Lotud. This issue (the wrong way of wearing traditional attire) can be seen very often, and if prolonged, it will have a negative impact, especially to the heart of Suang Lotud community. If there are uncertainties or doubts about the traditional attire or culture, please don't be hesitate and feel free to ask. The Association are more than willing to assist in any possible ways.

Easy, you do not want to be called  Superman by wearing your underwear outside your pants, right? Tepuk dada tanyalah iman.

P/S: Unduk Ngadau Kaamatan judges, you have a BIG BIG responsibility.

Read the entire article:


Persatuan Suang Lotud Sabah (Lotud) kecewa dengan sikap segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang memperlekeh cara pemakaian sebenar tradisi suku Suang Lotud. Perkara ini (cara pemakaian pakaian tradisi yang salah) sudah kerap kali berlaku, dan jika berlarutan, ia akan memberi kesan negatif, serta setiap kali ia terjadi, ia mengguris hati suku Suang Lotud.

"Kesilapan paling ketara dilihat ketika musim perayaan Pesta Kaamatan... terutama pada pertandingan Unduk Ngadau dan Sugandoi, " kata Setiausaha Agung Lotud, Ketua Anak Negeri (KAN) Saniban Amphila.

Jelasnya, cara pemakaian dan susun atur barangan pada pakaian tradisi Suang Lotud mempunyai maksud tersendiri, dan tidak boleh diubah atas dasar pemodenan atau mengikut peredaran masa. Perlu disedari, cara pemakaian tradisi Suang Lotud adalah warisan budaya daripada leluhur Suang Lotud untuk generasi sekarang dan akan datang. Ia perlu dipelihara dan dipertahankan.

Kesilapan dalam cara pemakaian pakaian tradisi juga akan membawa maksud yang salah dan bertentangan dengan kelaziman yang diamalkan oleh sku Suang Lotud. perkara ini juga boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan komuniti Suang Lotud, terutama generasi muda.

Misalnya kedudukan linangkit (sulaman bercorak simetri dan berwarna-warni) pada gonob (skirt) yang dipakai oleh wanita perlu berada di sebelah tepi paha kiri, dan bukannya di kedudukan lain.

Selain itu, pemakaian kuluwu (selendang) juga antara kesilapan yang sering dilakukan oleh mereka yang kurang arif mengenai cara pemakaian sebenar.

"Terbaru, saya ternampak gambar seorang penyanyi wanita memakai lilimbo (lilitan rotan di keliling pinggul) yang dipadankan dengan seluar panjang dan sendat... perkara seumpama seolah-olah mempermainkan dan menghina budaya Suang Lotud, " kata Saniban.

Sedikit perubahan pada corak atau pola mungkin boleh diterima tetapi susun atur dan cara pemakaian perlu dikekalkan.

"Hakikatnya, kami tidak menghalang sesiapa pun memakai pakaian tradisi Suang Lotud, sebaliknya berbesar hati apabila pakaian tradisi trsebut digunakan dan kami menggalakkan pemakaiannya, namun, cara pemakaian perlu betul dan bukan dipakai sembarangan, " ujarnya lagi.

Tindakan yang lebih tegas mungkin akan diambil jika perlara ini berlanjutan, agar menjadi peringatan dan teladan kepada umum.

Jika wujud ketidakpastian atau kemusykilan mengenai pakaian tradisi atau budaya Suang Lotud, Persatuan Suang lotud Sabah sedia menghulurkan bantuan serta penerangan.


Persatuan ini boleh dihubungi melalui laman Facebook di bawah kata pencarian Persatuan Suang Lotud Sabah.


Antara cara pemakaian pakaian tradisi Suang Lotud yang betul.






Sincerely yours.

6 comments:

Anonymous said...

Betul tu! Sy geram bila tinguk ramai peserta Unduk Ngadau terutamanya yg sewenang-wenangnya tambah macam-macam di baju diorang. yang tidak ada pun diada-adakan juga. mana ada asli lagi kalau macam tu! Suka-suka hati saja. Ingat adat bulih main-main kah? Sy harap tu penganjur kaamatan KDCA dan para juri ambil berat perkara ini...

Jangan main pakai saja tapi tidak tau makna.

Apa lagi kalau suruh bersakap dusun, tunggang tabalik bak..

Kihoyy!!!!!

Anonymous said...

Why ah...time time keamatan macam ni baru mau keluar artikel macam ni? tapi, mmg betul lah cakap setiausaha suang lotud tu. jangan main hentam keromoh pakai baju....superman pun pandai tau malu juga oh...hehe

Anonymous said...

superman tidak pandai pakai santut....wakakaka

Lotudian Kiulu said...

Jangan bilang baju saja, bahasa pun maw dijaga.

Anonymous said...

Evolusi pakaian tradisi...trdpt pro & contra dlm isu ini...ada baiknya jika trdpt usaha2 utk mpromosikan pkaian tradisi ttpi msti kna dgn caranya...ada baiknya isu ini timbul sbb ia mmbri ptanda bhawa msti ada usaha2 yg brterusan dan prancangan yg konkrit bgi mmastikan pkaian, bahasa jga budaya ttp trpelihara...bgi pihak2 yg brkenaan sila lihat isu ini dri segi positif bgi merangka prancangan yg lbih baik

che mid said...

Salam kenal dari Che Mid.. suka sangat masuk sini..