Salaam, all.
It is getting hot in
here. Woohoo!
Attention to all fans of
Suang Lotud traditional costume, you are advised to read this newspaper
clipping (below). The Suang Lotud Association of Sabah (Persatuan Suang Lotud Sabah) are
very disappointed with the attitude of some unscrupulous who publicly insulting
the traditional attire of Suang Lotud. This issue (the wrong way of wearing traditional
attire) can be seen very often, and if prolonged, it will have a negative
impact, especially to the heart of Suang Lotud community. If there are
uncertainties or doubts about the traditional attire or culture, please don't
be hesitate and feel free to ask. The Association are more than willing to
assist in any possible ways.
Easy, you do not want
to be called Superman by wearing your underwear
outside your pants, right? Tepuk dada
tanyalah iman.
P/S: Unduk Ngadau
Kaamatan judges, you have a BIG BIG responsibility.
Read the entire article:
Persatuan Suang Lotud Sabah (Lotud) kecewa dengan sikap
segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang memperlekeh cara pemakaian sebenar
tradisi suku Suang Lotud. Perkara ini (cara pemakaian pakaian tradisi yang
salah) sudah kerap kali berlaku, dan jika berlarutan, ia akan memberi kesan
negatif, serta setiap kali ia terjadi, ia mengguris hati suku Suang Lotud.
"Kesilapan paling ketara dilihat ketika musim perayaan
Pesta Kaamatan... terutama pada pertandingan Unduk Ngadau dan Sugandoi, "
kata Setiausaha Agung Lotud, Ketua Anak Negeri (KAN) Saniban Amphila.
Jelasnya, cara pemakaian dan susun atur barangan pada pakaian
tradisi Suang Lotud mempunyai maksud tersendiri, dan tidak boleh diubah atas
dasar pemodenan atau mengikut peredaran masa. Perlu disedari, cara pemakaian
tradisi Suang Lotud adalah warisan budaya daripada leluhur Suang Lotud untuk
generasi sekarang dan akan datang. Ia perlu dipelihara dan dipertahankan.
Kesilapan dalam cara pemakaian pakaian tradisi juga akan membawa
maksud yang salah dan bertentangan dengan kelaziman yang diamalkan oleh sku
Suang Lotud. perkara ini juga boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan komuniti
Suang Lotud, terutama generasi muda.
Misalnya kedudukan linangkit
(sulaman bercorak simetri dan berwarna-warni) pada gonob (skirt) yang dipakai oleh wanita perlu berada di sebelah tepi
paha kiri, dan bukannya di kedudukan lain.
Selain itu, pemakaian kuluwu
(selendang) juga antara kesilapan yang sering dilakukan oleh mereka yang
kurang arif mengenai cara pemakaian sebenar.
"Terbaru, saya ternampak gambar seorang penyanyi wanita
memakai lilimbo (lilitan rotan di
keliling pinggul) yang dipadankan dengan seluar panjang dan sendat... perkara
seumpama seolah-olah mempermainkan dan menghina budaya Suang Lotud, " kata
Saniban.
Sedikit perubahan pada corak atau pola mungkin boleh diterima
tetapi susun atur dan cara pemakaian perlu dikekalkan.
"Hakikatnya, kami tidak menghalang sesiapa pun memakai
pakaian tradisi Suang Lotud, sebaliknya berbesar hati apabila pakaian tradisi
trsebut digunakan dan kami menggalakkan pemakaiannya, namun, cara pemakaian
perlu betul dan bukan dipakai sembarangan, " ujarnya lagi.
Tindakan yang lebih tegas mungkin akan diambil jika perlara ini
berlanjutan, agar menjadi peringatan dan teladan kepada umum.
Jika wujud ketidakpastian atau kemusykilan mengenai pakaian
tradisi atau budaya Suang Lotud, Persatuan Suang lotud Sabah sedia menghulurkan
bantuan serta penerangan.
Persatuan ini boleh dihubungi melalui laman Facebook di bawah kata pencarian Persatuan Suang Lotud Sabah.
Antara cara pemakaian pakaian tradisi Suang Lotud yang betul.
Sincerely yours.
6 comments:
Betul tu! Sy geram bila tinguk ramai peserta Unduk Ngadau terutamanya yg sewenang-wenangnya tambah macam-macam di baju diorang. yang tidak ada pun diada-adakan juga. mana ada asli lagi kalau macam tu! Suka-suka hati saja. Ingat adat bulih main-main kah? Sy harap tu penganjur kaamatan KDCA dan para juri ambil berat perkara ini...
Jangan main pakai saja tapi tidak tau makna.
Apa lagi kalau suruh bersakap dusun, tunggang tabalik bak..
Kihoyy!!!!!
Why ah...time time keamatan macam ni baru mau keluar artikel macam ni? tapi, mmg betul lah cakap setiausaha suang lotud tu. jangan main hentam keromoh pakai baju....superman pun pandai tau malu juga oh...hehe
superman tidak pandai pakai santut....wakakaka
Jangan bilang baju saja, bahasa pun maw dijaga.
Evolusi pakaian tradisi...trdpt pro & contra dlm isu ini...ada baiknya jika trdpt usaha2 utk mpromosikan pkaian tradisi ttpi msti kna dgn caranya...ada baiknya isu ini timbul sbb ia mmbri ptanda bhawa msti ada usaha2 yg brterusan dan prancangan yg konkrit bgi mmastikan pkaian, bahasa jga budaya ttp trpelihara...bgi pihak2 yg brkenaan sila lihat isu ini dri segi positif bgi merangka prancangan yg lbih baik
Salam kenal dari Che Mid.. suka sangat masuk sini..
Post a Comment