Thursday, September 19, 2013

Personaliti Borneo - Vincent Alfred

1. Ceritakan sedikit mengenai biodata anda.
Nama diberi Vincent Mallang AK Alfred, dikenali sebagai Vinz. Seorang pelajar Politeknik Kota Kinabalu dalam jurusan Electronic Engineering (Computer). Saya berusia 20 tahun dan dilahirkan pada tanggal 02/12/1993. Anak kedua daripada lima orang adik beradik, berdarah kacukan Bidayuh dan Kayan. Saya seorang yang aktif, lasak, peramah, terbuka dan penyayang. Hobi saya ialah bersenam dan melayari internet. Cintakan makanan namun sangat perhatin terhadap kesihatan pada diri sendiri dan orang di sekeliling. Moto hidup saya ialah "Never give up and always be better than yesterday." Visi hidup ialah untuk menjadi seorang yang berjaya dalam apa jua keadaan.

2. Apakah pandangan anda mengenai pertandingan ratu cantik berkonsep tradisional?
Pada pandangan saya, pertandingan ratu cantik berkonsepkan tradisional adalah pertandingan yang sangat baik kerana ia adalah satu inisiatif untuk mengekalkan budaya dan adat resam mengikut sesuatu kaum tersebut. Ini disebabkan ramai generasi muda pada era globalisasi semakin melupakan adat resam dan tradisi yang telah diamalkan oleh nenek moyang mereka sejak zaman dahulu. Oleh hal yang sedemikian, banyak kesan yang akan berlaku seperti lupa akan asal usul kaum sendiri, menjejaskan persefahaman antara kaum dan secara tidak langsungnya akan melupuskan budaya dan tradisi yang indah di muka bumi ini. Pertandingan seperti ini harus diadakan bagi membantu generasi pada zaman sekarang untuk terus memelihara dan memulihara adat resam, budaya dan tradisi masing-masing. Di samping itu, ianya juga dapat membantu kerajaan untuk mempromosikan pelbagai keindahan budaya yang terdapat di negara kita ke peringkat antarabangsa.











3. Adakah anda mempunyai pakaian tradisional sendiri? Ceritakan secara ringkas mengenainya.
Saya sekeluarga mempunyai pakaian tradisi kaum Orang Ulu untuk wanita di mana pakaian ini akan digunakan pada pesta keramaian, adat perkahwinan dan jika berlakunya sebarang aktiviti yang berkaitan dengan adat resam di suatu tempat. Perkara asas dalam pakaian kaum lelaki Orang Ulu adalah lavung (headgear), sunung (pakaian dari kulit dan bulu haiwan), takin (gelang lengan), tabin (siting mat), bah (cawat), heput (sumpit), bukan balat (parang dan sarung parang), kelebit (perisai). Manakala, untuk pakaian wanita pula ialah lavung (headgear), ta'ah (pakaian), bilang (selempang), teba'eng (rantai), ajat (tambok manik), kirep (bulu kenyalang yang digunakan untuk menari), lekuk (gelang tangan). Pakaian Orang Ulu sangat menarik dan unik kerana dijalinkan gabungan manik yang berwarna-warni.

4. Apakah pertandingan ratu cantik berkonsep tradisional yang pernah disertai oleh anda?
Setakat ini, pertandingan ratu cantik (lelaki) berkonsep tradisional yang pernah disertai oleh saya ialah Borneo Hornbill Festival sesi 2013. Syukur dan terima kasih saya ucapkan kepada Tuhan, keluarga dan juga rakan-rakan yang telah menyokong dan memberi sokongan kepada saya kerana tanpa mereka saya tidak mungkin akan mendapat tempat ketiga untuk Mr. Ethnic Sarawak. Selain itu juga anugerah Mr. Natural Look dan Mr. Great Body.

5. Selaku penerima anugerah/gelaran, apakah peranan utama yang akan dilakukan oleh anda?
Peranan selaku penerima anugerah - Saya akan terus melibatkan diri dalam bidang kebudayaan dan tradisi kerana ia adalah khazanah yang sangat bernilai. Oleh sebab itu kita perlu memeliharanya sehingga generasi yang seterusnya. Saya juga akan terus mempromosi dan memperkenalkan budaya dan etnik yang terdapat di negara kita. Selain itu, saya juga akan membantu untuk memberi kesedaran kepada generasi muda di luar bahawa pentingnya menjaga adat, tradisi dan budaya yang telah diwarisi oleh nenek moyang kita.

6. Apakah yang anda faham tentang 'Unduk Ngadau' dan 'Borneo Hormbill Festival'?
Pada pandangan saya, Unduk Ngadau ialah pertandingan ratu cantik berkonsepkan tradisional untuk suku kaum Kadazan Dusun dan Murut di negeri Sabah yang melambangkan semangat Huminodun yang telah berkorban untuk rakyatnya manakala Borneo Hornbill Festival pula adalah merupakan satu pertandingan ratu cantik berkonsepkan tradisional yang disertai oleh pelbagai kaum dan etnik yang terdapat di tanah Borneo dengan diwakili oleh kaum masing-masing. Selain itu, pertandingan ini juga mengetengahkan pertandingan tarian etnik yang menarik mengikut kaum tersendiri.

7. Nyatakan cadangan anda untuk meningkatkan lagi mutu dan kualiti blog KauluanExpress.
Pada cadangan saya, cara untuk mempertingkatkan lagi mutu dan kualiti blog KauluanExpress adalah dengan menambahkan informasi tentang pakaian tradisional Sabah dan Sarawak. Selain itu, berkongsi maklumat tentang tarian tradisi, makanan, adat dan budaya sesuatu kaum. Tidak lupa juga bahasa ibunda bagi setiap kaum. Secara tidak langsung perkara ini dapat membantu orang ramai untuk mengenali setiap kaum daripada negeri Sabah dan Sarawak serta mampu memperluas budaya dan tradisi di seluruh negara.

Facebook: Vincent Alfred
Photographer: SteviePhotography
Dress: Vincent Alfred (Orang Ulu traditional attire)
Location and year: James Brooke Bistro and Cafe, Waterfront, Kuching, Sarawak, July 2013.













3 comments:

ProcessorDTK1C said...

Thank you so much for this interesting profile interview :) appreciate it.. Majukan diri untuk agama, bangsa dan negara

Abg-Huzz said...

Wow, looking great in every angles! Good job mistah photographer!!

Nur said...

Ni gamba dlm kauluanexpress nye fb eh? Bukan ada byk lagi ke..letak je semua. Hensem. Hiksss!