Salaam, semuanya.
Adalah sesuatu yang melucukan
bagaimana perkara yang berlaku dalam kehidupan kita benar-benar berlaku, dan
kadangkala tidak menjangka ia akan berlaku. Kita tidak pernah tahu apakah
kelainan yang bakal muncul dan apakah perkara yang akan bertukar sekali gus
mencorakkan perjalanan kehidupan kita. Walaupun pada dasarnya semua pilihan ada
di depan mata, tetapi ia seolah-olah
seperti kita mahukan 'kejutan' lantas mengelakkan untuk melakukan sebarang
pilihan. Nah, apakah kaitan permulaan perenggan ini terhadap entri pada kali
ini? "Cinta membawa kepada minat
terhadap seni dan kebudayaan." Bolehlah dikatakan sebegitu. Bacalah
sendiri, dan fahami isi kandungannya.
*hirup
kupi O kaw. Kirai time*
Budaya adalah
sebahagian dari kehidupan orang ramai. Ia
mempengaruhi pandangan, nilai-nilai, jenaka, harapan, kesetiaan, kebimbangan
dan ketakutan terhadap satu-satu perkara. Oleh itu, apabila kita bekerja dengan
orang ramai dan membina perhubungan dengan mereka, ia membantu kita untuk memperoleh
beberapa perspektif dan pemahaman terhadap budaya mereka.
Sebagaimana pentingnya
kita meneroka aspek kebudayaan, sama pentingnya juga untuk kita ingat tentang
kewujudan persamaan-persamaan tertentu. Seseorang yang membesar di Gunung
Kinabalu mungkin akan melihat dunia yang sangat berbeza daripada seseorang yang
membesar di Gua Niah - tetapi kedua-dua orang ini tahu apakah erti untuk bangun
pada waktu pagi dan sifat ketidaksabaran untuk mengembara pada hari tersebut.
Kita semua manusia. Kita semua suka belajar, mahu belajar, mempunyai harapan
dan impian, dan mempunyai pelbagai pengalaman, sama ada sedikit atau banyak, sedar
atau tidak sedar.
Pada masa yang sama,
kita tidak boleh berpura-pura bahawa wujudnya perbezaan budaya yang wujud di
kalangan kita sejak bertahun-tahun lamanya adalah tidak penting. Kita tidak
boleh menutup perbezaan dan berpura-pura seolah-olah ia tidak wujud, Dan kita tidak
boleh berpura-pura bahawa diskriminasi itu tidak wujud. Tetapi, persoalannya,
bagaimanakah kita mampu untuk mencari 'kesamaan' dalam 'perbezaan'? Mudah
sahaja, cinta membawa kepada minat terhadap seni dan kebudayaan. Jadi, cinta
yang bagaimana? Bukan mudah untuk memupuk rasa cinta, apatah lagi kalau ia
melibatkan soal hati dan perasaan. Ketepikan sejenak 'soal-soal' tersebut,
kerana 'cinta' di sini membawa kepada perspektif yang lebih berfokus, iaitu
cintakan seni dan kebudayaan.
Boleh saya teruskan
dalam bahasa orang putih? Gitu!
So, here it is.
"The
first step — especially for young people with energy and drive and talent, but
not money — the first step to controlling your world is to control your
culture. To model and demonstrate the kind of world you demand to live in. To
write the books. Make the music. Shoot the films. Paint the art."
I liked this quote so
much. It lights up a flame inside my heart. What flame would it be? Love to the
art and culture. Do you have love in your culture? And art?
Nowadays, we can see
many people of our own culture, especially the youngsters who seem to have forgotten
where do they come from, what color they were used to be, and following other
culture's lifestyle and trends. Why should we do that? We have our own culture
to be proud of, right?
Our own culture is so
diverse. Diversity is important. If everyone played lead sape and no one dance, you'd have a really annoying situation
instead of a performance. If everyone wanted to be photographed and not volunteer
to be the photographer, we'd have no photo. Getting along with others and
respecting their talents and strengths is important. Always seek to embrace
diversity as a mutual goal.
And, learn to love your
own culture, your ngepan, your himpogot, your marik taring, your komburongoh,
and the beautiful art - there are too many to mention.
So, start now, don't
start later, baby!
Love much, XOXO!
Singing, dancing, drawing, playing sompoton..whatever your talent is, please, don't stop. Cheers!
2 comments:
Wow, dwibahasa tu! So, apa talent you? Saoalan cepu emas..hehe!
Budaya barat? tolak tepi...harussss!
Post a Comment