Hi
all,
Have you ever think or
imagine about the similarities between Malay and Dusun? Come to think about
this, the origins of the Malay language has yet to be confirmed by historians.
However there is some historical
evidence that attempts to link the origins of the
Malay language. I’m interested in the origin of native tribes of Borneo or
Kalimantan, and has made study via internet and books about tribes and its
relation to Austronesian Malayo Polynesian. Language is one of the most
important tools in Malay tradition, also known as Austronesian Malayo
Polynesian. Many basic words in the language have similarities or close
relationship with the native Malay language which has not been influenced by
Sanskrit as Southeast Asia which was controlled by explorer from India, or the
Arabic language brought by Arab traders, or the Chinese language, Portuguese
and many others.
There are researches that
suggest about who the real Malay is. Could it be the Borneon?
Here, check this out.
Melayu Sebenar – Dr
Zafarina USM
Perkataan Melayu berasal
dari Melayur iaitu istilah suku Malayalam atau Malabar dari India Selatan yang
bermakna bukit atau permatang. Orang-orang Melayur adalah masyarakat asli
Nusantara Sumatera (yang berasal dari Pulau Borneo berhijrah ke Sumatera yang
menggunakan bahasa asal atau asli Melayu) berkahwin dengan orang-orang Indian
Malabar atau Malayalam. Hasil pertembungan dua bangsa dan budaya menghasilkan
bangsa Melayur sempena tempat yang dinamakan Melayur dan juga menghasilkan
Indianized Kingdom (kerajaan dipengauhi India) yang memerintah ribuan tahun di
kepulauan Nusantara.
Dunia Melayu mulai dikenali
dengan kewujudan pemerintahan raja-raja kacukan India dan penduduk asli
kepulauan nusantara termasuk Sumatera, Jawa, Borneo, Filipina, dan Champa di Vietnam.
Kedatangan pengaruh Arab Islam telah menjadikan kerajaan Melayur kerajaan Islam
setelah raja-raja orang Melayur memeluk agama Islam. Bangsa dan
pemerintahan raja-raja Melayur akhirnya dikenali sebagai Melayu dan berkembang
pesat melalui perkahwinan antara kerabat di raja, perdagangan, peperangan atau
penaklukan, dan juga diplomasi atau politik.
Bahasa Melayu yang kita
kini kenali berkembang menjadi bahasa perdagangan, diplomasi dan keagamaan di
seluruh kepulauan nusantara di mana kerajaan Melayu telah
diwujudkan. Bahasa Melayu asal mempunyai persamaan dengan bahasa asli
Borneo khususnya Dusun dan Iban. Bahasa Melayu moden adalah 70% bahasa India
(Sanskrit) yang digunakan oleh suku kacukan Melayu yang dipengaruhi kemudian
oleh bahasa Arab, Cina dan Portugis disebabkan pertembungan budaya antara benua
melalui perdagangan di bumi Melayu.
Hari ini istilah Melayu
bukan istilah bangsa (race) tetapi etnik (dari segi agama) kerana
tidak ada bangsa yang dikenali sebagai Melayu menurut Perlembagaan Malaysia.
Seorang Melayu adalah sesiapa yang biasanya mengunakan bahasa Melayu, beraga
Islam dan mengamalkan budaya Melayu. Bahasa dan Budaya Melayu adalah termasuk
bahasa Sanskrit dan budaya masyarakat India Selatan.
Dalam bahasa Melayu moden,
perkataan asal Melayu hanya 30% yang hampir kesemuanya dapat dikesan berasal
dari Pulau Borneo. Hampir kesemua raja-raja Melayu di zaman dahulu adalah
kacukan India dan tempatan (Sumatera dan Borneo)yang menggunakan bahasa
tempatan sebagai bahasa asal diperkayakan dengan bahasa asing. Pada hakikatnya
bahasa Melayu sekarang adalah bahasa yang diperkayakan oleh bahasa asing
khususnya bahasa Sanskrit sesuai dengan kedudukan sejarah dimana selama 2,000
tahun kepulauan nusantara dipengaruhi oleh India dan Arab.
Istilah masuka Melayu
bermakna menjadi sebahagian masyarakat berbudaya tinggi berasaskan budaya India
dan Arab. Manusia Pagan atau Kafir dikecualikan dari defininasi ini.
Penulis-penulis sejarah Melayu sebenarnya adalah Melayu kacukan tempatan dan
Inda seperti Munsyi Abdullah. Raja-raja atau Sultan-Sultan Melayu zaman dahulu
menganggap diri mereka keturunan Raja Iskandar Zulkarnain.
Tuntutan ini mempunyai
kebenarannya kerana raja-raja Melayur adalah kacukan wanita tempatan dan
pembesar-pembesar atau pedagang-pedagang kaya dari India yang seterusnya
mungkin keturunan penjajah Greek di India di zaman sebelum masihi.
Hari ini, penulis-penulis
Barat telah menjadikan istilah Melayu untuk mengtakrifkan penduduk asli di
kepulauan Nusantara sebagai orang-orang Melayu. Ianya tidak lagi bermakna
kacukan India dan orang-orang tempatan atau tertumpu kepada pembesar-pembesar
negeri. Istilah ini juga dapat diterima sepenuhnya oleh masyarakat serumpun d
kepulauan Asia Tenggara/nusantara.
Walau bagaimana pun,
isitlah Melayu hanya digunakan setakat istilah akademik. Ianya digunakan secara
meluas oleh penyelidik Barat untuk mengenali masyarakat penutur bahasa
Austronesian Malayo Polynesian dari Pulau Madagascar Lautan India Afrika ke
Pulau Easter lautan Pasifik Amerika Selatan. Penulis-penulis tempatan
juga menulis mengenai kehebatan pelayar-pelayar orang Melayu menjelajah dunia
untuk menguasai maritim lautan Hindi dan lautan Pasifik di zaman kuno sebelum
Cheng Ho atau Magellan menerokai pelayaran lautan merentasi benua. Kita juga
membaca bahawa terdapat 300 juta orang-orang Melayu di seluruh dunia dan
pengaruh orang-orang Melayu menjadikan bangsa Melayu sebagai salah satu bangsa
peneroka terbesar lautan luas.
Istilah rumpun melayu
sering dikumandangkan seolah-olah ianya suatu kenyataan. Namun hakikatnya,
Perlembagaan Malaysia telah memberi pengertian sempit mengenai istilah Melayu.
Berdasarkan tafsiran Perlembagaan Malaysia hanya terdapat 25 manusia di seluruh
bumi yang dinamakan Melayu. Orang-orang Jawa di luar Malaysia bukan orang Melayu,
orang-orang asli Borneo yang pada hakikatnya rumpun Melayu juga bukan Melayu
kerana mereka masih bertutur dalam bahasa atau dialek suku masing-masing.
Menurut Perlembagaan
Malaysia, bangsa Melayu bukan istilah bangsa tetapi istilah agama dan budaya
atau cara hidup. Orang India dan Arab Islam boleh menjadi Melayu. Dalam duia
hanya terdapat dua kumpulan besar yang mendefinasikan diri mereka melalui agama
dan bukan bangsa. Salah satu ialah Melayu (berdasarkan Perlembagaan Mlaaysia
dan yang kedua bangsa Yahudi yang mengelar diri mereka sebagai bangsa Yahudi
bukan atas ras (racial classification) tetapi agama Yahudi mereka.
Di negara-negara Arab, suku
atau bangsa Arab itu adalah itilah bangsa, bukan agama. Orang-orang Arab yang
beragama Kristian akan tetap menjadi orang Arab. Malah sikap orang-orang Arab
terhadap orang-orang Arab bukan Islam lebih mulia. Di Palestin, Syria, Iraq,
Lebanon,dll terdapat masyarakat Arab Kristian yang menpunyai semangat
nasionalisma Arab yang tinggi.
Tafsiran Perlembagaan
Malaysia yang sempit menjadikan bangsa Melayu sutu bangsa yang kecil dan
tertumpu kepada negara Malaysia. Bagi saya tafsiran Perlembagaan Malaysia
meyakinkan saya bahawa Melayu tidak wujud sebelum wujudnya kerajaan
pemerintahan India (Indianized Kingdom) di Nusantara. Sejarah Melayu bermula
dengan Parameswara dari Palembang yang berhijrah ke Melaka.
Sebelum ini, tidak ada
orang Melayu. Yang ada adalah suku-suku asli yang bertutur dalam dialek asli
Borneo atau Sumatera atau Jawa, dan lain-lain. Di Borneo suku-suku asli in kini
dikenali sebagai suku Dusun/Dayak. Masyarakat Melayu yang kita kenali di Pulau
Boneo adalah masyarakat Dusun/Dayak yang memeluk agama Islam atau masuk Melayu.
Negara Brunei berasal dari
Atak Batatar yang dipercayai suku Murut atau Dusun Bisaya yang memeluk agama
Islam dan memulakan kesultanan Brunei sehingga sekarang. Rakyat Brunei adalah
suku-suku tempatan yang telah memeluk agama Islam dan mengubah cara hidup
sebagai orang-orang Melayu Islam.
Demikian juga, Malaysia
tidak boleh mengatakan bahawa masyarakat Malagasy di Madagascar adaalah
orang-orang Melayu. Ii kerana meereka tidak memenuhi syarat-syarat perlembagaan
Malaysia. Masyarakat Malagasy sebenarnya berasal dari Pulau Borneo dan bahasa mereka
mirip kepada bahsa manyan yang seterusnya mirip kepada bahasa Dusun di Sabah.
Walaua bagaimana pun,
tafsiran bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu sebenarnya ada kebenaran.
Ini disebabkan ianya bukan isitilah untuk semua penduduk asli di kepulauan
nusantara yang dikenali sebagai malayo polynesian. Ianya dalah istiah untuk
masyarakat kacukan yang berasal dari Melayur India.
Penduduk asli yang
dinamakan malayo polynesian memunyai ciri-ciri mongoloid bukan India walau pun
kebanyakannya berkulit gelap sawong. Namun orang-orang Melayu di Malaysia
hampir kesemuanya keturunan kacukan India atau Arab yang masih dapat diteliti
dalam paras atau kulit penduduk Malaysia sekarang yang mirip India atau Arab –
gelap, tinggi lampai, tinggi batang hidung dan bibir nipis dan bentuk kepala
yang jelas bukan asli Nusantara.
Kumpulan ini adalah
kumpulan cerdik, pintar dan merupakan kelas pemerintah selain menguasai bidang
perdagangan negara.
Orang-orang Kelantan dan
Kedah adalah di antara suku-suku tempatan yang paling asli, atau suku-suku
pendatang seperti suku Bugis, Jawa, Acheh, dan lain-lain yang hampir kesemuanya
masih mempunyai ciri-ciri Mongoliod yang jelas.
Kalau nak tahu, siapa
melayu sebenar, inilah jawapannya.
Anak Borneo
*Tahukan anda bahasa Dusun/Iban
adalah asal usul 30% dari bahasa Melayu moden. Bahasa melayu berasal dari
Borneo, bukan Semenanjung Malaysia. Orang-orang Dusun/Dayak berhijrah ke
Sumatera dan menjadikan Bumi tersebut tanah mereka. Berkahwin dengan orang
India telah melahirkan suku bangsa Melayur atau Melayu. Kerajaan Melayur
(Indianized Kingdom) telah memulakan sejarah Melayu.
Ciri-ciri bahasa Melayu
kuno:
Penuh dengan kata-kata
pinjaman Sanskrit. Susunan ayat bersifat Melayu . Bunyi b ialah w dalam
Melayu kuno (Contoh: bulan – wulan). Bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan –
dngan atau dangan). Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh:
berlepas-marlapas). Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh:
diperbuat – niparwuat). Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th,
ph, dh, kh, h (Contoh: sukhat****ta). Huruf h hilang dalam bahasa moden
(Contoh: semua-samuha, saya: sahaya).
dipetik dari
Saya mendapati istilah Melayu kuno amat menarik. Sepeti d
atas, bunyi b ialah w dalam melayu kuno.
Contoh bahasa Dusun (Ranau) Sabah:
Bulan Wulan
Betis Wotis
Batang Watang
Batu Watu
Buloh Wuloh
Bulu Wulu
Berat Wagat
Banyak bahasa Dusun Ranau mirip bahasa melayu kuno
Contoh:
Mata mato
Telinga tolingo
Hidung todung
Lidah dilah
Paha poo
Siku siku
Betis wotis
Darah raa
Lengan longon
Pusat pusod
Isi tonsi
Tulang tulang
Lemak lunok
Makan makan
Minum minum
Bunga bunga
Buah tua
Dahan raan
Batang watang
Daun roun
Kayu kayu
Tanah tana
Batu watu
Awan tawan
Sawat sawat
Bulan wuan
Itik putik
Pelanduk pelanuk
Buaya buayo
Tikus tikus
Beruang bohuang
Sesungguhnya, bahasa Dusun Ranau (Borneo) adalah
merupakan asal usul bahasa Melayu kuno.
Any
comments? Feel free to express your respond.
Sincerely
yours.
RESOURCES :
5 comments:
buli bh sa share ni kn..??
Mcm ada kemungkinan lah jg kan..;)
Saya rasa akan Menarik jika dibandingkan dengan ini juga http://tunogngtagalog.blogspot.com
http://tunogngtagalog.blogspot.com/2013/09/paghahambing-ang-mga-wika-tausug-at.html
Secara "Kebahasaan",semua Suku Bangsa asli di Borneo adalah "Melayu"
http://suaramirza.blogspot.com/2011/11/kalimantan-barat-tempat-asal-muasal.html
Post a Comment